
Sabar Itu Indah
Menghiasi diri dengan sifat sabar merupakan akhlak orang mulia. Mereka menghadapi kesulitan hidup dengan berlapang dada, tidak mudah menyerah, serta penuh kepercayaan diri. Kerana itu, jiki kita bersabar, apa lagi yang boleh kita lakukan?
Apakah anda mempunyai penyelesaian yang lain daripada sabar? Dan apakah anda mengetahui senjata lain selain daripada kesabaran untuk menghadapi persoalan hidup?

Suatu ketika seorang tokoh menghadapi pelbagai musibah yang datang silih berganti dalam hidupnya dan juga berbagai kesulitan yang berlumba untuk menghancurkannya. Setiap kali selesai daripada satu kesulitan yang berlumba untuk menghancurkannya. Setiap kali selesai daripada satu kesulitan, kesulitan yang lain pula datang mengunjunginya. Meskipun demikian, ternyata dia mampu menepis segala kesulitannya itu dengan penuh kesabaran dan menjadikan kepercayaannya terhadap Allah sebagai perisai diri daripada kehancuran.
Demikianlah yang dilakukan oleh orang yang mulia dan terhormat itu dalam berjuang melawan setiap dugaan dan mencampakkan semua kesulitan hidupnya terkapar di atas tanah.
Ketika beberapa orang sahabat menziarah Abu Bakar R.A yang sedang terbaring sakit, para sahabat berkata kepadanya : “Apakah perlu kami panggilkan seorang tabib untuk mengubatimu?” Jawab Abu Bakar R.A : “Seorang tabib telah memeriksaku!” Para sahabat pun bertanya : “Apakah yang telah dikatakan olehnya?” Jawab Abu Bakar R.A : “Innii fa’aalun lima uriid” (Sesungguhnya aku boleh melakukan apa sahaja yang aku mahu).
