≡ Menu

Saf Yang Tidak Rapat Dan Bengkang Bengkok, Hilangkah Pahala Semua Ahli Saf Itu?

SOALAN
Ketika solat jemaah dikerjakan ada seorang yang tidak berdiri betul sama dengan saf seperti orang lain. Adakah semua yang ada dalam saf itu luput fadhilat menyamakan saf?

JAWAPAN
Hukum menyamakan saf adalah sunat yang sangat dituntut ketika solat berjemaah dan adalah Nabi saw amat mengambil berat tentang menyamakan saf ini.

Dan tidaklah dikatakan mendirikan sembahyang yang betul jika tidak menyamakan saf.

Telah diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a. Rasulullah saw telah bersabda :

سَوُّوا صُفُوفَكُمْ فَإِنَّ تَسْوِيَةَ الصُّفُوفِ مِنْ إِقَامَةِ الصَّلَاةِ

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Samakan kamu sekelian akan saf-saf kamu maka sungguhnya menyamakan segala saf itu setengah dari mendirikan sembahyang.”

(Hadith Imam Bukhari)

Dan menyamakan saf itu membawa kepada bersatu segala hati orang-orang yang beriman dan tidak menyamakan saf itu punca perselisihan di antara mereka.

BACA:  Kawasan Masjid Yang Dilarang Untuk Wanita Haid

Telah diriwayatkan daripada An-Nu’man bin Basyir r.a. Raslullah saw bersabda :

عِبَادَ اللهِ لَتُسَوُّنَّ صُفُوفَكُمْ، أَوْ لَيُخَالِفَنَّ اللهُ بَيْنَ وُجُوهِكُمْ

Wahai hamba Allah! Hendaklah kamu sekelian menyamakan saf-saf kamu atau Allah akan menjadikan kamu sekelian berselisih sesama kamu.”

(Hadith Imam Muslim)

Dan telah kita maklum bahawa saf itu tidak akan menjadi sama melainkan setiap orang memelihara dan memerhati tempat ia berdiri.

Siapa yang tidak memelihara dan melihat bagaimana dia berdiri di dalam saf sehingga jadi bengkang bengkok saf itu maka dialah yang dikira melakukan kesalahan di sisi syarak.

Jika imam melihat saf yang tidak sama maka hendaklah imam menegurnya dan jika imam tidak dapat melihatnya maka hendaklah orang-orang yang melihatnya itu menegurnya.

BACA:  Kejadian Sungai Hilang Ditelan Bumi Semakin Kerap Berlaku

Dan sayugia bagi imam jangan ia memulai sembahyang melainkan setelah melihat saf dibelakangnya itu sudah sama atau belum.

Jika orang yang tidak sama safnya itu sudah ditegur tetapi tiada ia samakan juga saf maka solat jemaah tersebut adalah sah dan dan orang yang menjadi punca saf tidak sama itulah yang menanggung kesalahan.

Memandangkan dunia sedang dilanda wabak covid-19, kita seharusnya mengetepikan dahulu saf rapat dan hanya mementingkan lurusnya saf tersebut disamping memastikan penjarakan sosial untuk mencegah penularan covid-19.

 

Semoga ia memberi manfaat

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.