≡ Menu

Sakit Gout, Ini Petua Yang Kita Boleh Cuba Amalkan Agar Kurangkan Kesakitannya

Faktor genetik atau keturunan merupakan salah satu penyebab individu diserang penyakit gout selain gaya pemakanan serta gaya hidup. Orang ramai sering mengaitkan penyakit gout kerana makan makanan laut terlalu banyak.

Tidak terkecuali, golongan muda dan remaja berusia awal 20-an berisiko tinggi mendapat serangan gout lebih awal sekiranya mereka memiliki simptom sakit sendi.

CUBA PETUA DIKONGSI OLEH DOKTOR INI UNTUK ELAK SERANGAN GOUT

Seperti perkongsian Dr Zubaidi, berikut merupakan antara petua yang boleh dicuba untuk mengelakkan serangan gout berlaku:

– Ramai pesakit yang mengalami masalah sakit sendi terutama sendi kaki, akibat serangan gout.

BACA:  Kita Tahu Manfaat Minum Air, Tetapi Tidak Tahu Bahaya Minum Air Berlebihan.

–  Ini kerana kita tidak cukup minum air kosong. Air kencing menjadi pekat. Asid urik tidak dapat dikeluarkan dari dalam tubuh.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

– Oleh itu salah satu cara mengurangkan tahap asid urik adalah minum air kosong secukupnya.

–  Tidak semua protein yang mengandungi asid amino purine, meningkatkan tahap asid urik.

– Secara amnya daging merah, makananan laut, ikan sardin, ikan bilis dan organ dalaman boleh meningkat asid urik.

– Minuman yang mempunyai kandungan gula yang tinggi, minuman beralkohol juga meningkatkan tahap asid urik.

– Pengambilan protein dari sumber tumbuh-tumbuh adalah baik kerana ia mengandungi lebih rendah asid amino purine berbanding dengan protein haiwan.

BACA:  15 Makanan Yang Terbukti Mampu Mengurangkan Tekanan Darah Tinggi

– Sebagai contoh kekacang. Ada orang tak boleh ambil, ada orang yang boleh ambil. Bergantung kepada keserasian tubuh dan faktor genetik. Bukan disebabkan oleh kekacang itu sendiri.

– Jadi minumlah air kosong secukupnya. Pastikan air kencing kita tidak pekat dan berbau hancing.

Pengambilan satu sudu cuka yang dicampurkan dalam segelas air 350ml juga membantu merendahkan tahap asid urik dan menghalang serangan gout. Boleh letakkan sedikit madu atau stevia atau kayu manis.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.