
Pernah tak orang di sekeliling anda mengalami masalah serangan jantung atau jantung terhenti? Adakah anda tahu bahawa serangan jantung atau jantung terhenti itu merupakan perkara yang berbeza?
Jantung merupakan organ otot kompleks yang mengepam darah ke seluruh badan. Penyakit jantung adalah salah satu punca utama kematian di seluruh dunia. Kenali dan fahami perbezaan jantung terhenti (cardiac arrest) dan juga serangan jantung (heart attack). Tindakan pantas mampu menyelamatkan nyawa.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, boleh ikuti perkongsian yang dikongsikan oleh Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia.
Penyakit jantung kekal menjadi penyebab kematian utama di Malaysia. Fahami perbezaan jantung terhenti (cardiac arrest) dan serangan jantung (heart attack). Tindakan pantas dapat menyelamatkan nyawa.
Jantung terhenti atau sudden cardiac arrest
- Gangguan sistem elektrik jantung
- Tidak mempunyai tanda amaran
- Jantung tiba-tiba berhenti berdenyut dan tiada darah dipam ke seluruh badan
- Pesakit tiada mempunyai denyutan nadi
Serangan jantung atau heart attack
- Gangguan aliran darah
- Mempunyai gejala awal
- Bekalan darah ke jantung berkurangan atau tersekat tetapi jantung masih berdenyut
- Pesakit mempunyai denyutan nadi melainkan kes serangan jantung menyebabkan jantung terhenti

Justeru, sebagai langkah berjaga-jaga, kami menggalakkan masyarakat membuat pemeriksaan berkala khususnya mereka yang berpotensi menghidap SCA.
“Mereka perlu mengetahui sejarah keluarga. Risiko lebih tinggi sekiranya ada dalam kalangan ahli keluarga menghidap sakit jantung mahu pun meninggal dunia pada usia muda tanpa sebab.”
“Selain itu, amalkan hidup sihat dan lakukan pemeriksaan rutin seperti ujian kolesterol, tekanan darah dan paras gula.”
“Individu berisiko termasuk mereka yang merokok, obesiti, mengamalkan gaya hidup tidak aktif dan mengalami tekanan darah tinggi atau pernah mengalami serangan jantung.”
“Golongan itu disarankan merujuk kepada pakar kardiologi bagi menjalani ujian termasuk elektrokardiogram (ECG), echocardiogram, menjalani prosedur angiogram dan imbasan Magnetic Resonance Imaging (MRI),”
Nandakumar turut berkata, kesedaran mengenai bahaya SCA perlu dipertingkatkan dalam kalangan masyarakat memandangkan ia boleh menyebabkan kematian jika tidak diberikan rawatan kecemasan dalam tempoh beberapa minit sahaja.
“Apabila jantung terhenti dan tidak ada bantuan kecemasan dalam kadar segera, ia menyebabkan oksigen tidak sampai ke otak.”
“Jika tidak dirawat dalam beberapa minit, mangsa meninggal dunia serta-merta.”
“Justeru, rawatan kecemasan yang boleh diberikan adalah memberikan tekanan kepada dada mangsa, bantuan pernafasan kecemasan (CPR) atau menggunakan alat defibrilator,” katanya.”
