≡ Menu

Sangat Rugi Jika Tak Tahu Khasiat Apple Cider. Baca Jangan Tak Baca!

Apakah khasiat cuka epal pada kesihatan? Artikel ini akan membincangkan beberapa khasiat cuka epal, kandungan nutrisi dan komponen sihat di dalamnya

Pengenalan

Cuka epal atau dikenali juga sebagai cider vinegar merupakan sejenis cuka yang diperbuat daripada cider epal (jus epal yang telah melalui proses penapaian), di mana proses ini akan menggunakan yis untuk menukarkan alkohol daripada jus epal kepada asid asetik.

Penghasilan cuka epal ini adalah daripada negara-negara yang mempunyai iklim sesuai bagi pertumbuhan pokok epal. Negara-negara di Eropah adalah pengeluar utama bagi cuka epal ini terutama sekali di daerah barat daya Perancis. Memandangkan ia adalah pengeluar utama, maka tidak hairanlah jika penggunaan cuka epal di negara-negara ini adalah yang paling tinggi.

Kandungan Berkhasiat di dalam Cuka Epal

Asid Asetik

Asid asetik adalah merupakan bahan utama yang terdapat di dalam cuka. Ianya terhasil akibat daripada proses penapaian jus epal bersama dengan yis. Bagi cuka epal, ianya mengandungi antara 5-6% asid asetik di dalamnya. Disebabkan itu, cuka akan mempunyai rasa masam. Terdapat sesetengah kajian mendapati bahawa asetik asid yang terdapat di dalam cuka mampu mengawal paras gula dalam darah, berat badan dan juga menurunkan paras kolesterol [1], [2], [3].

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

10 Khasiat Cuka Epal Menurut Kajian

1. Membantu dalam Menurunkan Berat Badan

Pengambilan cuka epal sememangnya agak popular dalam kalangan mereka yang ingin menurunkan berat badan. Sebuah kajian mendapati bahawa mekanisma yang mengaitkan cuka epal dengan penurunan berat badan adalah mmeningkatkan rasa kenyang dan juga menggalakkan penggunaan tenaga oleh tubuh [4].

Dalam kajian lain mendapati, pengambilan cuka epal diiringin pengambilan kalori yang terkawal memberi kesan yang positif terhadap penurunan berat badan. Walaubagaimanapun, kajian ini tidak mengkhususkan kesan klinikal pengambilan cuka epal terhadap golongan berlebihan berat badan atau obesiti [5].

 

2. Mengawal Kadar Gula dalam Darah

Cuka epal juga merupakan salah satu alternatif yang digunakan dalam membantu dalam mengawal paras glisemik individu. Ini adalah disebabkan kandungan asid asetik mampu merencatkan aktiviti pencernaan karbohidrat di dalam usus kecil. Disamping itu juga, cuka epal turut membantu dalam mengurangkan aktiviti penghasilan glukosa daripada hati dan meningkatkan penggunaan glukosa oleh sel dalam menghasilkan tenaga [6].

BACA:  “Menggunakan Ritual Pelik Berupa Pemujaan,” Pihak Pengurusan Tarik Bantuan Dewan, Abang Acap Kesal Sikap Segelintir Pengamal Perubatan

Sebuah kajian juga mendapati bahawa pengambilan cuka epal membantu dalam menurunkan paras gula di dalam darah. Dalam masa yang sama, ujian toleransi glukosa (OGTT) juga menunjukkan kesan yang efektif terhadap gula dalam darah [7]. Walaubagaimanapun, kajian yang lebih mendalam pada masa akan datang perlu dilakukan lagi.

 

3. Bertindak sebagai Anti-Oksidan

Aktiviti anti-oksidan di dalam cuka adalah disebabkan bahan bioaktif yang hadir di dalam buah epal. Cuka yang dihasilkan daripada buah-buahan termasuk cuka epal mengandungi kadar kompaun fenolik yang tinggi.

Seperti yang kita tahu, kompaun fenolik memainkan peranan yang penting dalam menyingkirkan radikal bebas yang terdapat di dalam tubuh. Dalam masa yang sama ia juga turut terlibat di dalam proses chelation yang merencatkan proses oksidasi [8].

4. Mengurangkan Risiko Penyakit Bawaan Makanan

Asid asetik yang terdapat di dalam cuka epal memainkan peranan sebagai agen yang menghalang pertumbuhan bakteria (bacteriostatic) dan juga yang membunuh bakteria (bactericidal). Kajian mendapati bahawa 0.1% kandungan asid asetik di dalam cuka epal sudah mampu untuk memainkan kedua-dua peranan di atas.

Dalam kajian yang sama juga mendapati kesan ini akan menjadi lebih efektif jika cuka epal dicampur dengan garam (sodium chloride) ataupun gula (glukosa) [9].

5. Meningkatkan Tahap Kesihatan Kulit

Lazimnya, kulit pada wajah setiap manusia sepatutnya berada di dalam kadar asiditi yang lemah iaitu pada skala pH 4-6. Ini adalah kerana, ia akan membantu dalam melindungi kulit daripada sebarang bahan merbahaya yang terdapat di persekitaran. Sebuah kajian mendapati bahawa cuka yang dijadikan sebahagian bahan di dalam perubatan mampu merawat masalah kulit (dermatitis) [10].

6. Berpotensi dalam Mengurangkan Risiko Penyakit Kanser

Bahan yang terdapat di dalam cuka mampu mengurangkan risiko penyakit kanser melalui proses proliferation sel kanser. Namun begitu, kebanyakan kajian mendapati bahawa proses ini hanya berlaku terhadap pengambilan cuka yang berasaskan bijian. Ini adalah disebabkan oleh kandungan ethyl acetate.

Walaubagaimanapun, sebuah kajian turut mencadangkan bahawa pengambilan cuka yang berasaskan buah-buahan secara berterusan juga mampu memainkan peranan yang sama [11].

7. Mengurangkan Risiko Penyakit Kardiovaskular

BACA:  Makan Nasi Cepat Gemuk. Padahal Nasi Baik Untuk Kesihatan, Ini Yang Tak Ramai Tahu.

Antara salah satu faktor yang mengundang kepada penyakit kardiovaskular adalah kolesterol yang tinggi di dalam darah (hypercholesterolemia). Berdasarkan kajian, kandungan asid asetik di dalam cuka epal mempengaruhi aktiviti sintesis lemak (kolesterol) di dalam tubuh manusia.

Dalam kajian yang sama juga mendapati bahawa pengambilan cuka epal mampu menurunkan paras kolesterol (LDL-cholesterol) dan juga trigliserida. Walaubagaimanapun, kesan ini dilihat dengan lebih signifikan hanya apabila pengambilan cuka epal disertakan dengan kawalan diet yang rendah kalori [12].

8. Berpotensi Mengawal Tekanan Darah

Asid asetik yang terdapat di dalam cuka epal telah didapati dapat mempengaruhi aktiviti rennin-angiotensin dan seterusnya memberi kesan terhadap tekanan darah.

Pengambilan cuka epal secara berterusan dapat mengawal tekanan darah seperti mekanisma yang disebutkan di atas. Walaubagaimanapun, kajian ini hanyalah dilakukan terhadap haiwan di mana kesannya mungkin akan sedikit berbeza terhadap manusia [6].

9. Menggalakkan Penyerapan Kalsium

Cuka epal juga berpotensi dalam menggalakkan penyerapan kalsium di dalam usus. Ini adalah disebabkan oleh kandungan asid asetik yang meningkatkan kadar kelarutan kalsium [13].

10. Membantu dalam Aktiviti Sukan Ketahanan (Endurance)

Sebuah kajian mendapati bahawa pengambilan cuka epal sebelum melakukan aktiviti sukan ketahanan mampu mengekalkan prestasi individu dengan meningkatkan kadar gula dalam darah dan menurunkan paras asid laktik. Fungsi cuka epal ini juga sama seperti minuman komersial sukan yang terdapat di pasaran [14].

Kesimpulan

Meskipun cuka epal memberi banyak kebaikan, namun harus diingatkan agar mengambilnya secara berwaspada memandangkan ianya berasid. Pengambilan berdasarkan kepada saranan serta nasihat daripada doktor adalah digalakkan terutama sekali kepada individu yang mempunyai penyakit-penyakit kronik.

Diharapkan artikel khasiat cuka epal ini dapat memberikan sedikit sebanyak maklumat berkenaan khasiat cuka epal ini kepada kesihatan badan.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.