≡ Menu

Saraf Mata Boleh Rosak, Ini Empat Kesan Penggunaan Gajet Ke Atas Mata Kanak-Kanak


Penggunaan gajet di dalam tempoh yang lama boleh memberi kesan kepada saraf mata ataupun bebola mata. Selain itu, ianya akan turut membuatkan mata setiap individu menjadi lebih cepat kering selain mengganggu penglihatan.

Anak-anak kecil yang sering didedahkan dengan penggunaan gajet seperti telefon pintar ataupun ‘tablet’ tanpa pengawasan akan mendapat kesan sampingan ini apabila umur mereka meningkat dewasa.

Namun, tidak salah sekiranya mahu memberikan anak-anak menggunakan gajet tetapi tempoh penggunaannya perlu diawasi.

BACA:  Gempa Bumi Tanda Tanda Akhir Zaman Sudah Mendekati Kita

Antara empat kesan penggunaan gajet ke atas mata kanak-kanak seperti yang dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia adalah seperti berikut:

1) Penglihatan kabur

Penurunan tahap penglihatan yang teruk akan menyebabkan sakit kepala dan penglihatan berganda.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

2) Mata kering

Kedudukan kanak-kanak semasa menggunakan alat peranti yang tidak sesuai akan menyebabkan masalah mata kering, mata penat dan kesakitan di bahu dan leher.

3) Kerosakan saraf mata akibat pendedahan terhadap cahaya biru dari skrin paparan gajet

BACA:  Kekayaan Atau Kesihatan Yang Lebih Baik? Fahami Hadis Nabi Ini

Jika sinar UV dapat ditapis oleh kornea dan kanta kristalin dalam mata cahaya biru berupaya menembusi sehingga ke peringkat saraf mata.

4) Peningkatan myopia (rabun jauh)

Penggunaan gajet juga akan menyebabkan regangan bebola mata turut berlaku apabila proses akomodasi berlaku pada masa yang sama.

Sumber: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.