≡ Menu

Sebelum Buang Kulit Telur, Baca Dahulu Supaya Pokok Pokok Di Rumah Kita Subur

“Baguslah buat baja organik, boleh suburkan tanaman, bebas bahan kimia. Tengok macam simple betul cara buat baja kulit telur. Nak cubalah!”

Bagi yang minat berkebun di rumah, lepas ni bolehlah kita simpan kulit telur tu setiap kali lepas memasak.

Sebabnya kulit telur ni kaya dengan kalsium yang boleh menyuburkan tanaman.

Menurut ahli botani, tumbuhan seperti tomato, lada dan terung khususnya amat sukakan baja kulit telur ini.

Selain itu, brokoli, bayam dan kebanyakan tanaman lain juga dapat memanfaatkan kalsium tambahan melalui baja kulit telur.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

5 KELEBIHAN & KEBAIKAN BAJA KULIT TELUR UNTUK TANAMAN

Antara kelebihan baja kulit telur adalah:

  • Kulit telur kaya dengan kalsium yang berubah menjadi kalsium karbonat dan berfungsi meningkatkan pertumbuhan tanaman.
  • Kalsium penting untuk membina “tulang” yang sihat pada dinding sel tumbuhan.
  • Kajian menunjukkan kalsium dari kulit telur boleh mengurangkan keasidan tanah dan menjadikannya medium yang baik untuk pertumbuhan optimum bagi tanaman.
  • Kalsium tambahan dapat membantu mencegah blossom-end rot (*rujuk gambar).
  • Baja kulit telur sangat sesuai untuk tanaman kerana ia adalah salah satu bahan mesra alam yang tidak mengandungi kesan berbahaya kepada alam sekitar seperti sesetengah baja kimia.
BACA:  Jauhi! 5 Jenis Makanan Ini Boleh Membuatkan Kita Nampak Lebih Tua Daripada Usia Kita

Wah, ada banyak kelebihan baja kulit telur kan?

Jom kita tengok cara buat baja kulit telur untuk tanaman yang dikongsikan oleh Angah Dira di bawah ini.

CARA BUAT BAJA KULIT TELUR

Selepas kita guna telur, kulitnya kita boleh buat baja tau.

Jangan terus buang kulitnya kerana kulit telur boleh dijadikan baja organik / baja buatan kita sendiri.

Tak perlu buang duit beli baja di kedai kerana kita boleh kitar semula bahan-bahan yang berada di rumah saja.

Kebaikannya elok untuk kesuburan pada pokok dan pokok kita jadi lebih sihat..Ya..Sebagai baja..!

Ada juga yang kata ia boleh jadi penyembuh dari hama tanah.

Apapun, baja kulit telur ni memang jimat dan mudah je nak buat.

Ikuti langkah-langkah cara membuat baja di bawah ya kawan-kawan..

1. SIMPAN KULIT TELUR
Selepas kita gunakan telur, kita kumpulkan kulit telur dalam satu bekas / tempat.

Ini kulit telur yang saya dah kumpulkan ya kawan-kawan.

BACA:  Hanya Secawan Kopi Setiap Pagi, Insya'Allah Jantung Anda Kekal Sihat

2. RAMAS & HANCURKAN
Kita ramas-ramaskan kulit telor seperti di dalam gambar ini ya kawan-kawan.

Ramas sehingga hancur ya seperti di dalam gambar ini.

3. SANGAI
Selepas di ramas-ramas, masukkan ke dalam kuali dan goreng sehingga kekuningan.

Kita sangai (goreng tanpa minyak) ya.

4. KISAR


Selepas di goreng, kisar sehingga halus.

Kut-kut kalau ada yang kata nanti blender berbau lepas kisar kulit telur ni, petuanya kisar beras sehingga halus, lepas tu bilas dengan air suam.

In sha allah… Akan hilang bau pada blender.

5. TABUR & GEMBUR
Taburkan pada pokok seperti di dalam gambar ni.

Kebaikan kulit telur untuk tanaman
Selepas di taburkan serbuk kulit telur, gemburkan tanah.

Dan siram pokok tersebut.

Manfaat kulit telur untuk tanaman
Siap dah baja kulit telur.

Mudah kan?

Lepas ni jangan buang kulit telur yang dah dipakai tu tau. Boleh kita manfaatkan untuk tanaman dan tengoklah hasilnya nanti.

Selamat mencuba ya kawan-kawan.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.