≡ Menu

Sebelum Wujudnya Khabib, Di Rusia Sudah Ada Fighter Hebat Imam Syamil

Khabib Nurmagomedov baru-baru ini menjadi perhatian dunia diatas isu berani mati beliau menyerang penonton selepas membelasah Conor McGregor.

Tindakan berani mati beliau disamakan seperti seorang pemimpin bernama Imam Shamil yang merupakan seorang pemimpin yang berani memperjuangkan kemerdekaan dan menentang kerajaan Rusia pada masa itu.

Mungkin disebabkan Khabib Nurmagomedov yang berasa dari Dagestan, maka beliau mewarisi keperibadian berani Imam Shamil. Untuk makluman, bangsa Dagestan adalah bangsa yang tidak gentar dengan apa pun malah sikap keberanian mereka sangat tinggi.

Berbicara tentang Imam Shamil, beliau adalah seorang pemimpin ketenteraan yang hebat ketika menentang kerajaan Rusia untuk menuntut kebebasan selama 25 tahun di Caucasus. Sekitar abad ke-18, pertumpahan darah berlaku di bumi Caucasus apabila tentera Rusia menceroboh masuk.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Imam Shamil dilahirkan pada tahun 1797 dalam keluarga berketurunan Avar iaitu keluarga yang dipandang mulia di Dagestan. Dia mula berjuang melawan kerajaan Rusia setelah beliau pulang dari Syria menimba ilmu di sana pada usia awal 20-an.

BACA:  10 Hikmah Kenapa Allah Uji Umat Islam Dengan Perang Tabuk. Subhanallah

Akan tetapi, akibat kecederaan yang dialami beliau dalam pertempuran di Gimry pada tahun 1832, beliau terpaksa berehat seketika dalam perjuangan. Mengambil masa selama 2 tahun untuk pulih sepenuhnya, beliau dilantik sebagai imam dan ketua tentera Dagestan pada tahun 1834.

Setelah menjadi ketua, beliau rancak menentang kerajaan Rusia hinggalah pada tahun 1859, beliau ditangkap oleh kerajaan Rusia apabila kuasanya makin berkurang disebabkan konflik dalaman.

Beliau ditangkap dan dipenjarakan oleh kerajaan Rusia dan ditempatkan berasingan dengan banduan lain selama 10 tahun. Beliau menghembuskan nafas terakhir pada tahun 1871.

BACA:  Jom Amalkan Bendi, Patutlah Selalu Nampak Kedai Nasi Kandar Hidang. Rugi Tak Ambil

Persamaan Khabib Nurmagomedov dan Imam Shamil adalah keberanian tapi dalam ‘perang’ yang berbeza. Akan tetapi, masing-masing berjuang atas agama dan bangsa mereka.

BACA: Berapa juta Khabib bakal raih selepas bertarung dengan McGregor?

BACA: “Agama Adalah Nombor 1, Bukan Sukan”, Khabib Pernah Tolak Tawaran Lumayan Kerana Mahu Tumpu Ibadah Di Bulan Ramadan

BACA: Mengapa Khabib Menyerang ‘Penonton’ Selepas Membelasah McGregor

BACA: Khabib Kalahkan McGregor Yang Angkuh dan Mempersendakan Islam

Sumber: Vocket

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.