≡ Menu

Sedeqah Subuh, Betapa Hebatnya Amalan Mudah Ini.


Kami nak tanya kalau anda bersedekah, pada waktu mana yang anda selalu lakukannya?

Entri kali ini, Kami nak kongsi dengan anda semua mengenai kebaikan dan manfaat bersedekah pada waktu subuh yang ramai tak tahu.

Tak bermakna bersedekah pada waktu selain subuh itu tidak ada kebaikannya. Ada tetapi pada waktu subuh ini, lebih banyak kebaikannya yang boleh kamu rebut.

Nak tahu apa antara kebaikan dan manfaat tersebut, teruskan membaca okay?

Kenapa bersedekah pada waktu subuh lebih baik?

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda,

“Tidak ada hari yang disambut oleh para hamba melainkan di sana ada dua malaikan yang turun, salah satunya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti kepada orang-orang yang berinfaq’. Sedangkan (malaikat) yang lainnya berkata: ‘Ya Allah berikanlah kehancuran kepada orang-orang yang menahan (hartanya).”

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

-Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Untuk pengetahuan anda, sesiapa yang bersedekah pada waktu ini, satu malaikat akan berdoa pada Allah supaya menggantikan semula nilai sedekah kamu dengan rezeki yang sentiasa mengalir tanpa putus.

Manakala satu malaikat lagi akan berdoa untuk kesenangan anda iaitu tidak pernah berasa miskin untuk bersedekah lagi, melakukan amal ibadat dan lain-lain.

Malah ketika melakukan perbuatan ini, anda boleh berdoa kerana doa tersebut akan mudah dimakbulkan oleh Allah s.w.t. jika kamu ikhlas.

Apa kebaikan yang boleh dapat jika amalkan perbuatan ini? 

Perbuatan sedekah ini bukan sahaja anda berkongsi harta dengan orang lain, tetapi perbuatan ini sebenarnya memberi kebaikan yang ramai tidak tahu.

Antara kebaikannya adalah:

  • Hati menjadi tenang dan bahagia 

Adakah anda rasa gembira melihat mereka yang mendapat manfaat daripada perbuatan sedekah anda?

Kalau anda nak tahu, rembesan hormon gembira seperti endorphin dan serotonin ini akan membuatkan anda berasa tenang hati, fikiran dan emosi.

Sebagai orang islam pula, kita sememangnya digalakkan untuk melakukan sedekah bagi mencari ketenangan hati dan bahagia sepanjang hidup.

  • Elak diri daripada sombong dan bongkak 

Tak dinafikan kedua-dua sikap ini akan menonjol apabila tidak mengamalkan atau kurang bersedekah.

Orang yang sombong dan bongkak ini akan menganggap apa yang dimilikinya adalah hak milik mereka selamanya.

Tetapi sebenarnya harta dan barang yang dimiliki bukanlah milik kita dan ianya boleh ditarik bila-bila masa sahaja oleh Allah s.w.t.

Jadi bersedekahlah untuk hindarkan diri daripada memiliki sifat sombong dan bongkak.

  • Rasa bersyukur sentiasa dan bertambah rezeki 

Perbuatan sedekah ini sebenarnya merupakan salah satu cara untuk kita berterima kasih dan bersyukur dengan kurniaan dan nikmat yang diberi oleh Allah.

Pada masa yang sama, anda akan berusaha keras untuk mencari rezeki bagi berkongsi dengan orang yang memerlukan.

Ini kerana setiap harta yang disedekahkan akan digantikan dengan sesuatu yang lebih baik oleh Allah s.w.t.

  • Sedar dan tidak mementingkan keduniaan 

Tak dinafikan dengan perbuatan bersedekah, anda akan dijauhkan daripada memiliki sifat ‘gila’ harta dan mementingkan keduniaan tanpa berfikir tentang akhirat.

Apabila seseorang melakukan sedekah, dia akan mengingati bahawa semua yang ada ini sebenarnya adalah pinjaman dan tidak bersifat kekal.

BACA:  "Kenapa kita perlu solat Ibu? kita tak nampak Allah pun..kenapa kena solat pada sesuatu yang tak nampak?"

Jadi melalui sedekah, anda dapat menghindarkan diri daripada memiliki sifat cintakan keduniaan dan tamak.

  • Terhindar daripada sifat kedekut dan mendapat keberkatan 

Nak hindarkan diri daripada menjadi kedekut mudah sahaja, anda perlu amalkan sikap bersedekah dalam hidup.

Tidak kiralah sama ada sedikit atau banyak, sikap tersebut akan memupuk diri anda menjadi seorang dermawan seperti yang disuruh dalam Islam.

Jadi jauhilah sifat kedekut kerana ia boleh menyempitkan rezeki anda sepanjang hidup.

Bagaimana nak sedekah subuh kalau tak ke masjid?

Tak bermakna sedekah pada waktu subuh itu kamu perlu ke masjid. Bagi yang tidak sempat ke masjid, anda boleh buat satu tabung khas untuk sedekah subuh.

Sebelum itu, anda perlu tahu waktu yang mustajab untuk bersedekah pada waktu subuh iaitu pada selepas solat dan sebelum syuruk.

Nak bersedekah pada waktu subuh ketika di rumah, lakukan begini:

  1. Hasilkan satu tabung khas dan label padanya.
  2. Sebaik sahaja selepas solat subuh dan sebelum syuruk, masukkan nilai sedekah ke dalamnya.
  3. Cuba amalkan selama 30 hari sehingga 40 hari.
  4. Setiap kali nak masukkan nilai sedekah, niat dan berdoa. Satu sedekah, satu doa (doa yang spesifik).

Jika tabung tersebut penuh, anda boleh sedekahkan pada tabung masjid, rumah kebajikan atau orang-orang susah. Amalkan bersedekah pada waktu subuh walaupun hanya dalam nilai 50 sen atau RM1 dengan ikhlas.

Melalui perbuatan tersebut anda akan mendapat doa-doa daripada para malaikat, iaitu antara doa yang paling mustajab di sisi Allah s.w.t.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.