≡ Menu

Segelas Susu Sebelum Tidur, Mampu Untuk Memberikan Tidur Yang Lena. Cubalah

Kamu pernah dapat tidur yang nikmat sejurus selepas menikmati secawan susu segar panas?

Semalam penulis sempat menyediakan secawan teh strawberi bersama susu segar panas, ternyata berkesan. Anda sendiri lihat banyak resepi susu panas tular di internet – strawberry milk sehingga ke golden milk.

Bukan sahaja enak, minuman ini dikatakan boleh membantu tidur, rehat, pemulihan otot, menenangkan minda dan keradangan.

Nak tahu lebih lanjut, cuba 5 resepi di bawah untuk mendapatkan tidur yang lebih nikmat.

Susu Segar + Strawberi

Merupakan favorite penulis! Diminum sejuk mahupun panas, keduanya memang cukup lazat tak terkata.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Strawberi memang diakui buah yang miliki banyak nutrien – antioksidan, pottasium dan vitamins. Sebagai contoh, vitamin B-6 adalah sangat baik untuk mengimbangi kitaran tidur dan mengawal melatonin. Bahkan kandungan vitamin C yang tinggi pada strawberi baik untuk kulit.

Nak menyediakan susu strawberi, anda perlukan susu segar – panas atau sejuk ikut cita rasa sendiri, strawberi segar dan madu sebagai penambah rasa.

Susu Segar + Kunyit

Pasti ramai mengetahui akan minuman viral golden milk yang mempunyai manfaat berlipat kali ganda.

Menggunakan kunyit sebagai bahan utama, rempah ubat Ayurverda ini digunakan secara meluas dalam membantu kualiti tidur. Ritual minuman sebelum tidur membolehkan anda berehat, meningkatkan mood, membantu kemurungan dan berpotensi menurunkan tahap anxiety.

Panaskan susu segar, kunyit, kayu manis, halia dan madu dalam periuk kecil. Kacau sehingga semua rempah sebati dan hidangkan panas-panas.

Susu Segar + Pisang

Kandungan magnesium dan kalium pada pisang memberi kebaikan untuk individu dewasa yang mengalami masalah sukar tidur iaitu insomnia.

Selain mendapat kualiti tidur yang baik, tubuh akan menjadi lebih ringan dan rileks. Dengan hanya sebiji pisang boleh menjadikan tidur anda lebih baik dan membolehkan anda bangun pagi dengan lebih bersemangat.

Susu Segar + Bunga Lavender

Dari teh hingga aromaterapi, lavender sering digunakan untuk promote tidur yang tenang dan rileks. Dari segi kualiti tidur, kajian menunjukkan bahawa aroma lavender meningkatkan gelombang tidur dan boleh menyebabkan anda berasa lebih tenang keesokan harinya. Sebaiknya diambil sebelum tidur.

BACA:  Bagaimana Istiqamah Selepas Ramadan?

Susu Segar + Buah Ceri

Buah ceri tidak hanya lazat, tetapi merupakan salah satu daripada beberapa makanan yang secara semulajadi mengandungi melatonin.

Penyelidikan mengatakan bahawa menghirup jus ceri sebelum tidur dapat meningkatkan kualiti tidur untuk dewasa yang mengalami insomnia. Jus ceri mengandungi campuran melatonin dan tryptophan, asid amino penting yang membantu meningkatkan tahap serotonin badan.

Serotonin memainkan peranan penting dalam kitaran tidur. Ia juga mengurangkan keradangan dan meningkatkan tahap mood dan kebimbangan.

Anda perlukan susu segar mengikut citarasa, jus ceri, serbuk ashwagandha dan madu sebagai penambah rasa.

Oleh itu secara teori, minum susu dapat membantu memulakan proses tidur anda. Selamat Beramal!

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.