≡ Menu

Segerakan Solat Sekiranya Hidup Terasa Sempit. Insya’Allah

Setiap kali berhadapan dengan masalah, kita mahukan penyelesaian yang segera. Siapa saja mahu berlama-lama dalam masalah yang membuat hati tidak tenang dan gelisah.

Tetapi bezanya ada orang mampu mengawal emosi dengan baik, tidak cepat gelabah dan mampu mencari jalan penyelesaian dengan baik. Ada orang pula lekas berombak emosinya. Emosi dahulu yang terkesan barulah rasional mengambil alih.

Untuk lebih tenang menghadapi masalah, hal ini tidak terjadi sendiri melainkan dengan latihan dan cara fikir positif yang telah dibiasakan setiap kali terjadi suatu yang diduga mahupun tidak.

Dalam Islam, apabila menghadapi masalah dan memerlukan jalan keluar daripada Allah, anjuran yang sangat ditekankan ialah mendirikan solat.

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk” (Surah Al-Baqarah 2:45)

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Bahkan menurut Hudzaifah bin Al-Yaman, Rasulullah SAW juga ketika menghadapi kesulitan dalam suatu urusan, baginda segera mengerjakan solat. (HR. Ibnu Jarir dalam kitab tafsirnya, disahihkan oleh Ahmad Syakir dan dihasankan oleh Syaikh Al-Albani dalam Sahih Al-Jami’ Ash-Shaghir)

BACA:  Umat Islam Akhir Zaman Akan Diuji Dengan Ujian Yang Paling Dahsyat. Bersediakah Kita?

Mengapa solat?

Pertama, kerana ia adalah penghubung kepada Allah Yang Maha Mentadbir segala urusan hamba-hambanya. Allah tahu baik buruk suatu perkara bagi kita. Masalah dan penyelesaian sudah berada dalam pengetahuan Allah, maka kita sebagai hamba hanya perlu berhubung dengan Allah dan berdoa agar Allah memberikan kita ilham dan jalan keluar.

Kedua, solat yang khusyuk sudah pasti membuat kita lebih tenang dan lapang dalam berfikir. Fikiran yang serabut tidak akan membantu kita untuk mencari jalan penyelesaian. Malah, mungkin pertimbangan jadi tidak rasional lalu terburu-buru untuk membuat keputusan.

Justeru, cuba ingat kembali kali terakhir anda berhadapan dengan masalah, bagaimanakah anda menyelesaikannya? Adakah anda tunaikan solat? Adakah anda dalam keadaan lebih bertenang atau serabut?

Saya yakin setelah fikiran lebih tenang, anda akan lebih mudah berfikir apa langkah pertama yang perlu dilakukan. Kurangkan mengeluh tetapi tambahkan keyakinan bahawa Allah akan memberikan kita kemampuan untuk keluar daripada masalah yang terjadi. Ini bukan kali pertama kita berhadapan dengan masalah, bukan?

Mungkin ujian sebenar bukanlah masalah yang datang, tetapi perasaan – bagaimana untuk lebih bijak mengurus emosi, pemikiran dan tindakan yang memberi kesan kepada kehidupan.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.