≡ Menu

Sejarah Jubah Abaya. Cantik Diagayakan, Sopan Di Mata.

BAGI kaum wanita yang masih sibuk mencari baju raya sempena lebaran nanti, istilah abaya pasti tidak asing bagi anda.

Abaya menjadi salah satu pilihan jenis baju Raya yang diminati bagi kaum hawa kerana rekaannya yang sangat menawan untuk digayakan pada hari lebaran nanti.

Abaya merupakan busana muslimah yang memiliki lengan panjang dan potongan badan loose atau longgar.

Selain longgar, abaya juga memiliki potongan labuh hingga kaki bahkan boleh menjadi lebih.

Abaya biasanya terdiri daripada satu bahagian busana atau one piece dress, sehingga mampu menutup lenggok tubuh badan perempuan dengan sempurna.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Memiliki potongan yang longgar, siapa sangka abaya sudah bertapak di dunia sudah ribuan tahun.

Dipetik daripada Cover Me Collection, sebuah brand fesyen abaya terkemuka, menyebutkan bahawa abaya sudah digayakan sejak lama dahulu oleh perempuan muslim.

Abaya dikhabarkan mula muncul dan digayakan oleh perempuan muslim sejak abad ke-7. Lebih tepat, abaya mula bertapak ketika kebangkitan agama Islam.

BACA:  [Tazkirah] Ahli Kumpulan Letto Pernah Menjadi Atheist Tetapi Rahmat Allah Lebih Luas

Abaya ini terinspirasi daripada kain penutup yang dikenakan perempuan muslim sewaktu beribadah.

Agar lebih mudah, terjadi beberapa penyesuaian hingga abaya diciptakan dalam satu potongan lebar yang boleh menutup bentuk badan perempuan hingga ke hujung tangan dan kaki.

Selain itu, banyak orang yang percaya bahawa abaya muncul lebih lama sebelum kebangkitan Islam lagi.

Namun, dipetik dari Cover Me Collection lagi, abaya dikatakan sudah ada sejak zaman Mesopotamia di mana pada zaman tersebut, perempuan mengenakan pakaian yang mampu menuntup seluruh badan.

Pakaian tersebut memang belum dipanggil abaya pada masa itu, tetapi tujuan utamanya adalah sama iaitu menghindari tubuh badan perempuan daripada dipandang.

Sebagai simbol status sosial

Selain sebagai menutup badan perempuan, sebelum kebangkitan Islam, abaya dikhabarkan menjadi simbol status seorang perempuan.

Beberapa cendekiawan, bahkan menyebut bahawa menutup diri dengan abaya dan niqab (penutup muka) menggambarkan status perempuan tersebut, sama pentingnya dengan agama.

BACA:  Cantik Tapi Wanita Kena Tahu Hukum Mencabut, Mencukur, Dan Melukis Bulu Kening

Meskipun begitu, abaya mengalami pelbagai evolusi. Mula daripada status sosial, menutup aurat hingga kini menjadi fesyen yang digemari ramai.

Abaya pada masa kini

Beberapa tahun lalu, abaya dikenali hanya memiliki satu warna sahaja, iaitu hitam. Namun seiring dengan perkembangan zaman, abaya menjadi semakin bervariasi.

Kini abaya sudah hadir dengan pelbagai tona warna dan motif, bahkan ada abaya yang menggunakan border bersulam untuk kelihatan lebih mewah.

Selain motif dan warnanya, di zaman moden ini, abaya sangat berkait rapat dengan agama Islam dan fashion statement perempuan Muslimah.

Apalagi, dengan adanya modest wear, abaya menjadi semakin inklusif dan boleh dikenakan oleh sesiapa sahaja, bahkan perempuan yang bukan beragama Islam.

Ternyata busana abaya ini mempunyai sedikit sejarah tentang permulaan pertapakkannya dalam industri fesyen.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.