≡ Menu

Sekali Dalam Seminggu, Cuba Elakkan Diri Naik Lif Atau Escalator. Ini Berita Baik Pada Penggemar Tangga

Jika anda diberi pilihan untuk menaiki tangga atau lif ke tempat kerja atau pusat beli belah, mana satu yang menjadi pilihan hati anda. Mestilah ramai di antara kita yang akan memilih untuk menaiki lif berbanding tangga untuk mengelakkan daripada berpeluh dan rasa kepenatan menaiki tangga. Tanpa kita sedari, menaiki tangga adalah satu bentuk senaman yang tidak memerlukan kos yang banyak dan boleh dilakukan di mana sahaja namun kurang diberi perhatian oleh masyarakat sejagat.

Menaiki Tangga Mempengaruhi Kecergasan Pernafasan Kardio
Kecergasan pernafasan kardio yang rendah menjadi pengukur terhadap penyakit kardiovaskular, iaitu penyakit yang melibatkan jantung atau saluran darah. Bagi individu yang tidak cergas, mereka lebih berpotensi sebanyak dua kali ganda penyakit kardiovaskular yang boleh menyebabkan kematian tanpa mengira ‘body mass index’ (BMI) ataupun komposisi badan, iaitu peratusan lemak, tulang, air dan otot di dalam badan manusia.

Terdapat kajian yang mengaitkan dengan menaiki tangga selama 30 hingga 160 minit seminggu untuk 8 hingga 12 minggu dapat meningkatkan kecergasan pernafasan kardio. Ini berita baik bagi mereka yang ingin kekal cergas tetapi mempunyai kekangan masa untuk melakukan senaman.

Menaiki Tangga Sesuai untuk Kaum Wanita
Kekuatan otot seseorang individu yang tidak aktif akan menurun sebanyak 65% terutamanya terhadap kaum wanita berbanding kaum lelaki. Penggunaan oksigen maksimum (VO2max) yang berkait rapat dengan kekuatan dan kapasiti aerobik juga semakin menurun secara progresif apabila umur semakin bertambah. Menaiki tangga merupakan senaman yang dapat meningkatkan peratusan VO2max dan kekuatan badan daripada 12% kepada 36% di dalam kajian yang melibatkan kaum wanita yang berumur di antara 25-48 tahun.

Apabila kita menaiki tangga, kita akan mengangkat berat badan secara menegak justeru dapat meningkatkan kekuatan kaki. Peningkatan kekuatan dan kapasiti aerobic memperbaiki prestasi aktiviti kehidupan seharian sejurus dapat meningkatkan kualiti hidup terutamanya kaum wanita.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Penggunaan Tenaga Ketika Menaiki dan Menuruni Tangga
Menaiki tangga merupakan aktiviti yang menggalakkan penggunaan tenaga oleh seseorang individu. Kalori yang diperlukan untuk menaiki dan menuruni pangsapuri 11 tingkat adalah 28.8 kcal. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan, mereka disarankan untuk melakukan senaman 3 kali seminggu supaya dapat mengurangkan sebanyak 300 hingga 500 kcal. Kiraan kalori yang dikira semasa menaiki dan menuruni satu anak tangga adalah bersamaan 0.11 kcal (menaiki tangga) dan 0.05 kcal (menuruni tangga).

Kesan Pada Fungsi Kognitif dan Perasaan Seseorang
Kita selalu beranggapan bahawa menaiki tangga adalah satu perbuatan yang amat memenatkan. Sebenarnya, menaiki tangga dapat meningkatkan perasaan yang positif seperti berasa lebih bertenaga dan mengurangkan perasaan negatif seperti berasa letih dan tertekan. Umumnya, senaman ringan dapat meningkatkan perubahan perasaan yang lebih baik terutamanya mengurangkan kemurungan dan keresahan.

Kajian daripada Randolph dan O’Connor pada tahun 2017 menunjukkan bahawa senaman menaiki tangga selama 10 minit dapat membantu meningkatkan tenaga berbanding dengan pengambilan kafein terhadap kaum wanita yang kekurangan tidur. Kepada kaum wanita yang sibuk bekerja atau kaum ibu yang tidak mempunyai rehat yang cukup, anda boleh mencuba tips ini.

BACA:  Buli Siber: Berdosa Atau Tidak? Baca Untuk Faham

Rutin Senaman yang Sesuai kepada Warga Tua yang Sihat
Menaiki tangga adalah sejenis aktiviti fizikal yang tidak memerlukan latihan atau perlatan yang khas. Kebaikan senaman ini adalah seperti berikut:

Meningkatkan kapasiti aerobik
Memperbaiki tahap kolesterol dan lemak dalam darah
Meningkatkan kecergasan dan kompisisi badan manusia
Bagi warga tua yang ingin jadikan senaman menaiki tangga ini sebagai aktiviti harian, mereka juga digalakkan untuk mengambil kira keselamatan diri untuk mengelakkan sebarang kecederaan dan kecelakaan.

Kesimpulan
Menaiki tangga merupakan salah satu cara senaman yang berkesan terhadap orang ramai. Menaiki tangga boleh dilakukan sama ada di tempat kerja atau di rumah Menaiki tangga juga merupakan senaman yang lebih praktikal berbanding berbasikal dan lari kerana dapat dilakukan di mana-mana sama ada tertutup atau terbuka tanpa memerlukan sebarang kos. Senaman yang mudah dan ringkas seperti menaiki tangga ini terbukti berkeesan meningkatkan aktiviti fizikal dan kesihatan seseorang individu sama ada di tempat kerja atau di rumah.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.