≡ Menu

Sekiranya Kamu Orang Yang Beriman, Ketahuilah Maksud Sebenar Musibah Itu

Kata Ibn ‘Athoillah: Musibah yang sebenar bukanlah orang yang kematian ahli keluarga, atau kehilangan harta, mahupun pangkat dan jawatan. Tetapi, musibah yang sebenar adalah orang yang bergelumang dengan dosa, dikuasai oleh syahwat, dan diuliti dengan pelbagai kesalahan.

Musibah yang sebenar adalah mereka menghabiskan waktu mudanya untuk meraih segala kenikmatan, mereka yang menghabiskan umur untuk melakukan segala maksiat dan alpa dengan ibadat.

Orang yang benar-benar ditimpa musibah adalah mereka yang bermaksiat pada Allah dan tidak bertaubat dari dosa. Mereka memasukkan kotoran maksiat ke dalam hati mereka yang bersih! Mereka penuhkan noda dan dosa dalam kalbu mereka sehingga kematian mereka.

Seorang soleh berkata: Apabila engkau di tanya tentang ‘Apakah yang patut diratapi?’, maka, engkau jawablah: “Yang sepatutnya diratapi adalah seorang hamba yang Allah kurniakan kesihatan dan kekayaan, namun dia menghabiskan kedua-duanya untuk bermaksiat pada Allah….”

Perlu diingat! Jangan engkau menganggap orang yang berduka dan mendapat musibah adalah mereka yang terkena penyakit, dilanda kemiskinan, atau sedang dipenjara. Boleh jadi, semua itu membuatkan mereka lebih dekat dengan Allah dan memperoleh redhaNya. Adakalanya kesembuhan itu datang setelah meminum ubat yang pahit.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Tahukah kita bahawa, musibah dalam bentuk penyakit, kesusahan, keperitan adalah kerana Allah ingin memberikan kebaikan kepada hambaNya. Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW:

أَبَا هُرَيْرَةَ يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ يُرِدْ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُصِبْ مِنْهُ

Abu Hurairah RA berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa dikehendaki Allah kebaikan, maka Dia akan mengujinya (memberi musibah).” (HR Bukhari No: 5213)

BACA:  Ramai Yang Tahu Kebaikan Essential Oil, Tak Ramai Yang Cakna Kesan Sampingannya

Orang yang diuji dengan suatu musibah berbentuk penyakit atau kesusahan adalah salah satu tanda Allah ingin menganugerahkan kebaikan padanya. Allah berfirman:

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الأَمَوَالِ وَالأَنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ

“Sungguh, Kami akan menguji kalian dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikan khabar gembira bagi orang-orang yang bersabar” (QS. Al Baqarah: 155).

Moga kita dipelihara oleh Allah Azza wa Jalla daripada bergelumang dengan maksiat hingga menjadikan ia sebagai musibah sebenar buat kita.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.