≡ Menu

Sekurang-Kurangnya Berjalanlah Sebanyak Ini Untuk Kesihatan Kardiovaskular Anda! Cubalah

KITA sering disyorkan untuk berjalan 10,000 langkah sehari bagi mencapai kualiti hidup yang sihat. Tetapi, satu kajian terbaru menunjukkan berjalan kurang daripada jumlah tersebut sudah mampu untuk meningkatkan tahap kesihatan kita.

Menurut kajian yang diterbitkan bulan ini di jurnal JAMA Open Network, individu di pertengahan usia yang berjalan sekurang-kurangnya 7,000 langkah sehari mempunyai kebarangkalian 50 hingga 70 peratus lebih rendah untuk mati dalam dekad berikutnya, berbanding mereka yang berjalan kurang daripada jumlah tersebut.

Kajian yang dilakukan pada 2005 dan 2006 itu melibatkan 2,100 peserta berusia antara 38 hingga 50 tahun dari pelbagai demografik.

“Kami mendapati bahawa anda boleh mendapat banyak manfaat daripada berjalan 7,000 langkah sehari.

“Bagi mereka yang melakukan 4,000 langkah sehari, mencapai 5,000 langkah dapat memberi manfaat kepada mereka. Dan daripada 5,000 langkah ke 6,000 langkah sehari, terdapat pengurangan risiko kematian sehinggalah ke 10,000 langkah,” kata penulis kajian, Amanda Paluch, yang juga seorang penolong profesor kinesiologi di University of Massachusetts Amherst, Amerika Syarikat.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Peserta dipakaikan satu alat yang dipanggil accelerometer selama seminggu untuk merekod jumlah langkah yang dilakukan dalam sehari.

BACA:  Kenapa Orang Jepun Tak Ramai Yang Gemuk, Padahal Makan Nasi Jugak. Baca Dahulu

Mereka dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu; jumlah langkah yang rendah (di bawah 7,000 langkah sehari), sederhana (antara 7,000-9,999 langkah) dan tinggi (lebih daripada 10,000 langkah).

Kesemua peserta kemudian dipantau selama hampir 11 tahun selepas itu, dan data yang dihasilkan dianalisis pada tahun 2020 dan 2021.

Dalam tempoh tersebut, seramai 72 peserta meninggal dunia, paling banyak disebabkan oleh barah atau penyakit jantung.

BACA:  6 Amalan Yang Besar Pahalanya Jika Diamalkan Pada 10 Hari Terawal Bulan Zulhijjah

Para penyelidik turut mengambil kira pelbagai jenis faktor termasuk indeks jisim badan, sama ada peserta merokok atau tidak dan faktor lain yang mungkin mempengaruhi kajian tersebut.

“Anda dapat melihat penurunan risiko kematian ini secara beransur-ansur apabila anda melakukan lebih banyak langkah.

“Terdapat banyak manfaat kesihatan yang diperoleh antara 7,000 hingga 10,000 langkah tetapi kami tidak melihat manfaat tambahan jika anda berjalan lebih daripada 10,000 langkah sehari,” tambah Paluch.

Menurut kajian itu juga, intensiti langkah tidak mempengaruhi keputusan ujian. Individu yang berjalan 7,000 langkah sehari pada intensiti rendah juga mempunyai peratus kebarangkalian sama dengan individu yang melakukannya pada intensiti lebih tinggi.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.