≡ Menu

Selain Cacing, Ini Punca Kenapa Punggung Boleh Berasa Gatal.

SELAMA ini ramai beranggapan penyebab punggung berasa gatal disebabkan masalah cacing. Padahal, terdapat pelbagai faktor seperti kebersihan dan penyakit kulit yang menyebabkan kegatalan di bahagian tersebut.

Kemunculan rasa gatal ini adalah membuatkan seseorang berasa tidak selesa dan tindakan menggaru punggung adalah memalukan apatah lagi di tempat awam.

Tapi sekiranya tidak digaru, kegatalan di bahagian itu boleh membuatkan rasa rengsa. Tetapi jika digaru, rasa gatal tidak akan hilang malah berasa lebih gatal.

Terdapat pelbagai sebab punggung berasa gatal selain daripada masalah cacing, termasuklah;

1. Najis yang merembes akibat mengalami cirit-birit dan sembelit.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

2. Jangkitan bakteria atau virus seperti herpes.

BACA:  Khasiat Tongkat Ali, Bukan Untuk Yang Sudah Berkahwin Sahaja.

3. Jangkitan cacing.

4. Berpeluh di bahagian punggung.

5. Kesan sampingan penyakit seperti diabetes dan hipotiroid.

6. Sensitif terhadap sabun, krim atau tisu tandas yang mengandungi pewangi atau bahan kimia tertentu.

7. Penyakit kulit seperti psoriasis.

Cara mengatasi punggung yang ada boleh dilakukan dengan beberapa cara mudah, termasuklah;

1. Meskipun kedengaran pelik tetapi apabila punggung berasa gatal, cuba untuk tidak menggarunya. Ini kerana perbuatan itu akan menyebabkan kawasan itu bertambah gatal.

2. Selepas selesai membuang air besar, bersihkan bahagian punggung dengan tisu kapas yang sudah dicelupkan ke dalam air hangat. Kemudian keringkan dengan kain bersih. Elak menggunakan tisu tandas yang mengandungi aroma atau pewangi.

3. Jika kegatalan disebabkan peluh, cuba untuk cuci bahagian punggung hanya menggunakan air bersih atau tisu tanpa sebarang pewangi.

4. Jika kegatalan disebabkan masalah cacing, makan ubat cacing yang sesuai dan banyak dijual di farmasi.

5. Pakai seluar dalam yang longgar bagi mengelakkan kerengsaan pada punggung dan pilih fabrik yang menyerap peluh.

6. Hindari makanan yang boleh menyebabkan sembelit atau cirit-birit ketika mengalami masalah itu selain mengamalkan gaya hidup sihat termasuk bersenam.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.