≡ Menu

Selain Daripada Untuk Rambut, Ini Kegunaan Lain Cuka Epal Yang Kita Perlu Tahu

Cakap sahaja mengenai cuka epal, semua sedia maklum bahan ini cukup popular dalam kalangan individu yang mahu turunkan berat badan.

Tapi kali ini, Kami nak kongsikan dengan anda semua mengenai 6 manfaat lain cuka epal yang ramai tak tahu mengenainya.

Nak tahu apakah manfaat tersebut, scroll dan baca sampai habis okay.

Periuk dan kuali berkilat seperti baru beli
Mempunyai fungsi yang sama seperti cuka biasa, cuka epal ini juga boleh membersihkan alatan dapur seperti kuali dan periuk.

Jika kuali atau periuk di rumah sudah berkerak atau mula menghitam, anda boleh kembalikannya seperti keadaan asal dengan beberapa langkah ini:

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Untuk periuk, isikan dengan air dan tambahkan satu cawan cuka epal ke dalamnya. Kemudian, didihkan sebelum sental dan basuh sehingga bersih.
Bagi kuali pula, letakkan secawan cuka epal dan dua sudu besar baking soda. Biarkan campuran itu seketika sebelum digosok dan dibasuh.
Boleh jadi deodoran semula jadi
“Eh busuknya ketiak!”

Malu bila orang tegur ketiak berbau? Anda boleh hilangkan bau tersebut dengan hanya menggunakan cuka epal sebagai deodoran semula jadi.

BACA:  Doa 2 Dalam 1, Yang Belum Jumpa Jodoh & Belum Ada Zuriat, Bacalah Surah Al-Anbiya’ Ayat 89

Ini kerana cuka epal mempunyai sifat antibakteria iaitu dapat digunakan untuk merawat atau menghapuskan bau ketiak yang kurang menyenangkan.

Untuk melakukannya, masukkan sedikit cuka epal ke dalam botol penyembur berisi air dan goncang untuk sebatikannya. Kemudian sembur di bahagian ketiak sekurang-kurangnya 2 kali sehari.

Dapat hilangkan kelemumur
Kepala makin banyak kelemumur?

Guna sahaja cuka epal pada rambut. Kalau anda nak tahu cuka epal boleh membantu seimbangkan pH kulit kepala serta menghentikan pembentukan kelemumur.

Cara menggunakannya adalah anda perlu campurkan cuka epal dan air dengan nisbah 1:1 dan ratakan di seluruh rambut sebelum syampu. Atau anda juga boleh tambahkan cuka epal ke dalam botol syampu dan gunakan seperti biasa.

Toner wajah semula jadi
Untuk pengetahuan anda, cuka epal boleh digunakan sebagai toner wajah untuk membersihkan wajah, menegangkan kulit dan mengurangkan tanda penuaan.

Bagi menghasilkan toner ini, campurkan satu sudu cuka epal dengan dua cawan air. Kemudian sapukan di seluruh wajah dan biarkan selama 1 minit sehingga 2 minit sebelum bilas menggunakan air suam.

Amalkan sekurang-kurangnya seminggu sekali sebelum memulakan rutin skincare yang lain. Dan jangan pakai toner ini melebihi 15 minit.

BACA:  Hukum Mencucuk Insulin Di Bulan Ramadhan. Batalkah Puasa Kita?

Boleh hilangkan dan merawat jerawat
Selain boleh digunakan sebagai toner, cuka epal juga boleh merawat dan menghilangkan jerawat.

Cara menggunakannya adalah anda perlu campurkan satu sudu cuka epal dan dua sudu air. Kemudian rendamkan kapas muka ke dalamnya.

Ambil kapas yang direndam itu dan sapu di kawasan wajah yang berjerawat. Lakukan sebanyak 2 hingga 3 kali seminggu untuk hasil yang lebih baik.

Boleh hilangkan sunburn
Untuk pengetahuan anda, cuka epal dapat mengembalikan tahap pH kulit dengan cepat dan merawat beberapa kerosakkan yang disebabkan oleh pendedahan berlebihan terhadap sinar matahari yang bahaya.

Pertama sekali anda perlu campurkan sedikit cuka dan air. Kemudian celupkan kain ke dalam campuran tersebut dan sapu secara terus pada bahagian kulit yang terbakar akibat matahari.

Sebelum menggunakan cuka epal, ketahui terlebih dahulu sama ada kulit anda sesuai atau tidak untuk menggunakannya.

Sekiranya anda mengalami sebarang reaksi sama ada alergi ataupun kerengsaan, hentikan dengan segera dan dapatkan rawatan daripada doktor.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.