≡ Menu

Selain Untuk Masakan, Ini Kegunaan Kulit Kayu Manis Yang Tak Ramai Tahu

SELAMA bertahun-tahun kayu manis telah digunakan sebagai bahan mentah untuk memasak.

Rempah ini dikenali dengan nama Latin iaitu Cinnamomum Verum terbukti memang mempunyai rasa yang khas dan aroma eksotik.

Malah beberapa kajian telah membuktikan potensi manfaat kayu manis untuk kecantikan kulit.

Sekiranya menggunakan kayu manis dengan betul dan konsisten dapat membantu mendapatkan kulit yang bersih dan bercahaya.

Antara khasiat lain kayu manis untuk kecantikan adalah;

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

1. Mengatasi jerawat

Satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Advanced Pharmaceutical Technology menyatakan menggunakan minyak kayu manis dapat memberi manfaat kepada mereka yang mengalami masalah jerawat.

Kayu manis boleh dibuat untuk terapi jerawat, dalam bentuk gel. Ia mempunyai sifat antimikroba, antiseptik, antijamur dan antioksidan yang dapat membantu dengan ketara dalam rawatan jerawat.

Herba ini juga mengawal pengeluaran minyak di wajah dan dapat membantu mengeringkan jerawat yang meradang.

Inilah cara menggunakan kayu manis sebagai rawatan jerawat:

  • Ambil tiga hingga empat titis minyak kayu manis dan sapukan di wajah selama 10 minit.
  • Sekiranya tidak mempunyai minyak kayu manis, boleh dicampurkan setengah sudu teh kayu manis dengan satu sudu madu. Sapukan ke muka. Biarkan selama 10 minit.
  • Selepas itu, cuci muka dengan air suam.
  • Pastikan menggunakannya secara berkala untuk hasil yang optimum.

2. Pudarkan tanda penuaan wajah

Penyelidikan yang diterbitkan oleh PubMed Central mendedahkan daripada 26 bahan semula jadi, kayu manis adalah yang mempunyai antioksidan tertinggi.

Antioksidan tinggi sangat baik melindungi kerosakan kulit yang disebabkan oleh radikal bebas yang biasa bercirikan garis-garis halus, pigmentasi kulit dan kusam.

Selain mencegah tanda-tanda penuaan, kayu manis juga dapat menjadikan kulit lebih sihat dan segar.

Inilah cara menggunakannya:

  • Ambil satu sudu teh kayu manis, kemudian campurkan dengan dua sudu minyak zaitun.
  • Sapukan pada wajah, sambil memberikan urutan lembut pada wajah. Biarkan selama 20 minit.
  • Selepas itu, bilas dengan air bersih.
  • Sapukan secara berkala untuk melembapkan kulit wajah dan menjadikannya lebih halus.

3. Menjadikan kulit wajah lebih tegang

Kayu manis adalah bahan dapur yang dapat merangsang saluran darah dan meningkatkan aliran darah ke wajah.

Ini dapat memperbaiki penampilan kulit dan menjadikannya lebih tegang.

Cara-cara berikut boleh dilakukan:

    • Campurkan satu sudu teh kayu manis dengan satu sudu teh madu atau satu sudu teh yogurt.
    • Sapukan ke muka sehingga kering.
    • Kemudian basuh dengan air suam.

4. Mempunyai sifat anti-radang

Kajian yang diterbitkan oleh National Library of Medicine, Amerika Syarikat, mengungkapkan bahawa kayu manis mempunyai sifat anti-radang yang sangat baik untuk kulit.

Oleh itu, kayu manis dapat mengatasi masalah kemerahan akibat jerawat dan membantu menyembuhkan parut jerawat dengan lebih cepat.

Sekiranya mempunyai kulit kering, boleh mencampurkan lima titis minyak kayu manis dengan 10 titis minyak kelapa.

Sapukan lapisan nipis ke wajah. Bagi yang mempunyai kulit berminyak, sapukan campuran kayu manis dengan madu untuk hasil terbaik.

Namun, sekiranya terdapat kerengsaan, kemerahan atau rasa terbakar, berhentilah segera menggunakan campuran kayu manis di wajah.

Semoga bermanfaat!

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.