≡ Menu

Selalu Dengar Tetapi Tidak Faham. Ketahui Makna Golongan Ulul Albab

الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَٰذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

“(Golongan ulul albab) adalah mereka yang sentiasa mengingati Allah dalam keadaan berdiri, duduk, diatas lambung mereka (perbaringan), serta mereka berfikir tentang penciptaan langit-langit dan juga bumi, (lalu mereka berkata) wahai Tuhan kamu, tidaklah Kau menciptakan (kesemua) ini secara batil (sia-sia), maha suci kamu (dari perkara tersebut), maka peliharalah kami dari azab neraka” [Surah Aali ‘Imran 191]

#Dalam Al-Quran, perkataan Ulul Albab disebutkan sebanyak 16 kali dan merujuk pada maksud ‘orang yang berakal’.

#Menurut Syeikh Muhammad Sayyid Thantawi dalam Tafsir al-Wasith menyebutkan: “Ulul Albab adalah mereka yang memiliki akal yang jernih dan logik yang benar.

#Imam Al-Zamakhsyari dalam Tafsir al-Kasyaf menyebutkan bahawa: “Ulul Albab adalah orang-orang yang membuka akal dan fikirannya untuk melihat, menyimpulkan dan mengambil ibrah (pengajaran) dalam setiap keajaiban ciptaan-ciptaan Allah”.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

#Maka menjadi ciri golongan Ulul Albab bahawa mereka sentiasa hidup dalam keadaan mengingati Allah, merenungkan keagungan dan kebesaran Allah di mana pun mereka berada, samada dalam keadaan duduk, berdiri dan berbaring. Hati dan lisan mereka berzikir mensucikan dan mengagungkan kekuasaan Allah di setiap waktu dan keadaan. Akalnya digunakan untuk berfikir mentadabburi keindahan ciptaanNya. Semua ini dilakukan agar memperoleh kekuatan iman dan ketundukan kepada Allah secara sempurna.

BACA:  3 Cara Mendidik Anak Menurut Kelompok Usia Mereka Berlandaskan Islam. Tak Usah Pening-Pening

#Pada akhirnya, mereka menyedari bahawa semua penciptaan tersebut tidak ada satupun yang sia-sia. Semuanya penuh dengan manfaat dan hikmah besar di sebaliknya, sehingga pasti ada balasan pahala dan seksaan di setiap ketentuan yang telah ditetapkan. Maka mereka juga meminta kepada Allah agar dijadikan sebagai ahli syurga dan bukan ahli neraka.

#Berkata lmam Ibnu Kathir rahimahullah: “Maksudnya mereka tidak putus-putus berzikir dalam semua keadaan, baik dengan hati mahupun dengan lisan mereka.”

#Jelas bahawa mengingati Allah itu adalah lebih baik daripada segala kemewahan dan kesenangan dunia ini. Mengingati Allah itu lebih berharga daripada dunia dan seisinya. Renungilah satu kisah yang diceritakan oleh Imam al-Qalyubi rahimahullah dalam karya beliau ‘An-Nawaadir’ pada kisah yang ke-194 di halaman 174:

“Bahawa satu ketika Nabi Sulaiman bin Daud Alaihimassalam lalu dengan tunggangannya di hadapan seorang penggembala kambing. Maka terluncurlah daripada mulut si penggembala akan kata-kata: “Raja Sulaiman telah dianugerahkan dengan kerajaan yang besar”

Kata-kata si penggembala tadi dibawa angin sampai ke telinga Nabi Sulaiman. Maka turunlah baginda daripada tunggangannya lalu baginda datang kepada si penggembala. Baginda bersabda kepada si penggembala: “Wahai penggembala, sesungguhnya satu ucapan tasbih dalam lembaran amal seseorang hamba itu lebih afdhal di sisi Allah daripada kerajaannya Sulaiman, kerana kerajaannya itu bakal binasa sedangkan ucapan tasbih tersebut akan kekal bagi si pembacanya dan akan bermanfaat baginya pada hari kiamat nanti”

Semoga Allah menjadikan kita tergolong dalam kalangan Ulul Albab, yang sentiasa ingat Allah dalam semua keadaan, sentiasa berfikir akan kejadian alam ciptaanNya, lalu memujiNya dan mensucikanNya serta penuh rasa harap dan takut akan seksaanNya. Aamiiin

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.