≡ Menu

Semaikan Amal Kebaikan Walaupun Kecil, Allah Maha Menghitung

Lakukan Kebaikan Walau Kecil

Jika engkau melihat seekor semut terjatuh ke dalam air, maka ambil dan tolonglah keluarkan ia. Barangkali itu menjadi penyebab pengampunan dosa bagimu di akhirat.

Jika engkau menjumpai kayu kecil di atas jalan yang boleh menggangu laluan, maka ambil dan buangkanlah. Barangkali itu menjadi penyebab dipermudahkan jalanmu menuju syurga.

Jika engkau menjumpai anak ayam terpisah dari kumpulannya, maka ambil dan letakkan ia dengan kumpulannya. Semoga itu menjadi penyebab Allah mengumpulkan dirimu dan keluargamu di syurga.

Jika engkau melihat orang tua memerlukan bantuan, maka bantulah ia. Barangkali itu menjadi penyebab kelapangan rezekimu di dunia.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Jika engkau bukanlah seorang yang menguasai banyak ilmu agama, maka ajarkanlah alif ba’ ta’ kepada anak-anak mu, setidaknya itu menjadi amal jariyah untukmu yang tidak akan terputus pahalanya walaupun engkau berada di alam kubur.

BACA:  5 Petanda Anda Memerlukan Masa Untuk Bersendirian. Jangan Abaikan Kesihatan Mental Dan Emosi

Jika engkau tidak mampu berbuat kebaikan sama sekali, maka tahanlah tangan dan lisanmu dari menyakiti orang lain, setidaknya itu menjadi sedekah untuk dirimu.

Al-Imam Ibnul Mubarak Rahimahullah berkata:

رُبَّ عَمَلٍ صَغِيرٍ تُعَظِّمُهُ النِّيَّةُ ، وَرُبَّ عَمَلٍ كَبِيرٍ تُصَغِّرُهُ النِّيَّةُ

“Berapa banyak amalan kecil, akan tetapi menjadi besar kerana niat pelakunya. Berapa banyak amalan besar, menjadi kecil kerana niat pelakunya”

BACA:  Nak Anak Ramai, Tapi Tak Nak Laksanakan Tanggungjawab. Nauzubillah. Janganlah Begitu

Janganlah meremehkan kebaikan, boleh jadi seseorang itu masuk syurga bukan kerana puasa sunatnya, bukan kerana panjang solat malamnya tapi boleh jadi kerana akhlak baiknya dan sabarnya ia ketika musibah datang melanda.

لاَ تَحْقِرَنَّ مِنَ الْمَعْرُوفِ شَيْئًا وَلَوْ أَنْ تَلْقَى أَخَاكَ بِوَجْهٍ طَلْقٍ

“Jangan sekali-kali kamu meremehkan kebaikan sedikitpun, meskipun (hanya)bertemu dengan saudaramu dalam keadaan tersenyum”.

 

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.