≡ Menu

Sembelit? Banyakkan Makan Buah Buahan Ini

Semua pernah mengalami susah untuk membuang air besar.

Meski ramai yang mengambil langkah berjaga-jaga dengan melakukan senaman dengan kerap, mengambil makanan berserta minum air yang banyak, masalah sembelit tetap tidak dapat dipulihkan.

Tapi dengan mengamalkan buah-buahan ini, anda kemungkinan dapat melancarkan masalah buang air besar.

Buah adalah pengambilan yang dipercayai baik untuk menjaga sistem pencernaan yang sihat. Sebabnya, buah mengandungi serat yang baik untuk pencernaan. Ada sebilangan buah berpotensi untuk memudahkan buang air besar.

Epal

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Sebiji epal mengandungi 2.8 gram serat tidak larut dan 1.2 gram serat larut. Epal juga mengandungi pektin. Ketika berada di dalam usus, pektin akan difermentasi oleh bakteria dan menghasilkan asid lemak.

Asid lemak seterusnya menarik lebih banyak air ke dalam usus, membantu melembutkan najis. Ini bermakna pengambilan epal dapat membantu melegakan simptom sembelit.

Betik

Kandungan serta, folat, vitamin A, C, dan E dalam betik membantu melancarkan proses pembuangan air besar.

BACA:  Inilah Adab Minum Rasulullah S.A.W Untuk Mengelakkan Pelbagai Penyakit. Amalkan.

Ini juga dibuktikan dalam kajian, yang melaporkan betik menyumbang untuk menjaga kesihatan saluran pencernaan. Betik juga membantu dengan gangguan pencernaan, seperti gejala sindrom iritasi usus (IBS).

Pisang

Walaupun bukan buah yang menjadi pilihan untuk pergerakan usus yang lancar, pisang sebenarnya menawarkan faedah lain untuk kesihatan pencernaan.

Pisang baik untuk orang yang mengalami cirit-birit. Bukan saja mudah dicerna, pisang juga membantu memenuhi keperluan elektrolit yang hilang akibat cirit-birit atau muntah.

Kiwi

Kandungan serat yang tinggi dalam buah kiwi membantu memudahkan pergerakan usus dan merawat masalah sembelit. Sebiji buah kiwi umumnya mengandungi 2.3 gram serat dan ini dapat memenuhi pengambilan serat harian sebanyak 9%.

Kiwi juga mengandungi enzim actinidin yang dapat merangsang pergerakan usus. Dengan cara itu, anda anda mungkin kerap membuang air besar.

Oren

Serat dari buah ini bukan saja melambatkan rasa lapar, tetapi juga baik untuk pencernaan.

Buah oren juga kaya dengan pektin dan mengandungi antioksidan naringenin. Antioksidan ini dapat meningkatkan rembesan cecair ke dalam usus, sehingga najis menjadi lebih lembut.

Pir

Satu pir mengandungi kira-kira 5.5 gram serat yang baik untuk melancarkan pergerakan usus semasa sembelit.

Selain daripada serat, pir juga mengandungi lebih banyak gula fruktosa dan sorbitol daripada buah lain. Kedua-dua jenis gula tidak dapat dicerna oleh tubuh, jadi ia dialirkan ke usus besar.

Fruktosa dan sorbitol seterusnya akan menarik lebih banyak air dan menjadikan najis menjadi lembut. Gula jenis ini juga merangsang pergerakan usus yang lebih cepat untuk membuang air besar.

Buah-buahan di atas diakui baik untuk sistem pencernaan. Walau bagaimanapun, anda tidak boleh makan secara sembarangan. Sebaliknya pilih buah yang segar dan tidak consume terlalu banyak untuk mengelakkan masalah kesihatan yang lain.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.