≡ Menu

Senarai Aktiviti Yang Dibenarkan Ketika PKPB. Fahami, Jangan Sampai Dikompaun!

Semalam kita dikejutkan dengan berita pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor berkuat kuasa pada 14 Oktober 2020.

Banyak juga pandangan netizen di media sosial, kenapa tiga tempat ini yang disasarkan?

Kes Covid Berselerak

PKPB perlu untuk memutuskan rantaian penularan Covid-19 di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Hal ini memandangkan pecahan kes Covid tidak tersasar pada satu tempat tapi berselerak, bahkan setiap hari wujud kluster baru. Jadi, pendekatan PKPB diambil untuk mencegah penularan virus kejam ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata walaupun kes baru dicatatkan kurang daripada 100 setiap hari, tapi ia berselerak dan mula menular di Kuala Lumpur dan Putrajaya, serta semua daerah Selangor kecuali Sabak Bernam.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Fahami Istilah PKPB

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat memfokuskan kepada kawalan pergerakan berkaitan majlis sosial. Sektor ekonomi dibenarkan beroperasi mengikut keperluan.

PKPK dilaksanakan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berkuat kuasa pada 14 Oktober hingga 27 Oktober 2020.

Ini kekeliruan yang ditanyakan netizen, apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan agar tidak ditahan pihak penguasa.

Aktiviti Larangan

  • Pergerakan keluar masuk/merentas daerah adalah tidak dibenarkan sama sekali. Bagaimanapun pekerja yang perlu merentas perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran dari majikan.
  • Hanya 2 orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar membeli barangan keperluan.
  • Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz, taman-taman awam dan pusat rekreasi ditutup.
  • Masjid dan rumah ibadah bukan Islam juga ditutup.
  • Semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya termasuk majlis perkahwinan adalah tidak dibenarkan.
  • Pusat hiburan dan kelab malam juga tidak dibenarkan.
  • Semua kegiatan ekonomi di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya masih dibenarkan operasi seperti biasa.
BACA:  Pemberian Sampel Percuma Susu Formula Bayi. Ini Yang Kita Perlu Tahu

Kita Belum Menang

Sama-samalah kita memerangi wabak Covid-19 ini. Semoga Allah Merahmati Kita

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.