≡ Menu

Sendawa Bukan Sahaja Sebab Kenyang, Angin. Ada Bahaya Yang Kita Perlu Tahu

Kerap sendawa adalah situasi yang selalu dialami apabila seseorang itu tidak makan pada waktunya. Tetapi, apabila anda tidak makan mengikut waktu yang telah ditetapkan, anda sebenarnya berpotensi untuk menghidap gastrik.

Namunl, apabila terlampau kerap sendawa sebenarnya akan membawa anda kepada masalah penyakit yang lain. Mungkin dalam kalangan kita yang berfikir bahawa ini adalah perkara yang biasa. Namun, ini adalah perkara yang anda perlu elakkan seperti dalam pengambilan makanan seharian.

KERAP SENDAWA, APAKAH PUNCANYA?

Sendawa adalah tindak balas semula jadi badan untuk mengeluarkan angin atau gas daripada perut atau dari sistem penghadaman bagi mengurangkan rasa tidak selesa.

Seseorang yang mengalami masalah perut kembung ini akan merasa lebih selesa apabila melakukan sendawa. Tetapi jika terlalu kerap sangat sendawa, ia juga boleh disebabkan masalah lain yang perlu dirawat supaya ia tidak menjadi semakin teruk ataupun menyebabkan komplikasi yang lain.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

PUNCA SENDAWA BUKAN DISEBABKAN MASALAH KESIHATAN

BACA:  Benarkah Tidak Memakai Seluar Dalam Lebih Sihat? Sebenarnya Macam Ini

1. UDARA YANG DITELAN SEMASA MAKAN (AEROFAGIA)

Sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. Ia boleh berlaku ketika makan atau minum dengan secara cepat. Aerofagia juga boleh berlaku ketika:

  • Makan sambil bercakap
  • Memakan gula getah
  • Merokok
  • Mengalami masalah serangan kebimbangan
  • Menggunakan gigi palsu yang tidak melekat dengan sempurna

2. MAKANAN DAN MINUMAN YANG MENYEBABKAN SENDAWA

  • Kekacang
  • Kacang
  • Brokoli
  • Bunga kobis
  • Pisang
  • Kobis
  • Bawang
  • Roti gandum
  • Minuman berkarbonat
  • Minuman beralkohol
  • Minuman tinggi kafein

3. UBAT-UBATAN

Ubat tahan sakit daripada kategori ubat anti keradangan bukan steroid (NSAIDs) seperti naproxen, ibuprofen, aspirin, asid mefenamik.

Ubat sembelit seperti laktulosa atau sorbitol.

PUNCA SENDAWA DISEBABKAN MASALAH KESIHATAN

Gastroesophageal reflux disease (GERD): Keadaan dimana asid daripada dalam perut ternaik semula ke dalam saluran esofagus

Masalah gastrik

BACA:  Kenapa Kita Dicipta Oleh Allah Swt. Ayat Ayat Al-Quran Ini Menjelaskan Mengapa

Ulser dalam perut

Jangkitan Helicobacter pylori

RAWATAN

Sendawa biasa selalunya tidak memerlukan rawatan dan akan hilang dengan sendirinya. Tetap jika ia terlalu kerap, dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor. Antara yang perlu dilakukan ialah kita kena tahu makanan yang menyebabkan masalah kerap sendawa. Cuba elakkan dari makan terlalu cepat, elakkan daripada memakan gula getah dan elakkan minum air berkarbonat. Betulkan gigi palsu jika mempunyai sebarang masalah.

Bagi tujuan perubatan pula, beberapa ujian akan dibuat jika didapati anda mengalami penyakit yang disyaki oleh doktor. Antaranya ialah :

1. Oesophago-gastro-duodeno scope (OGDS): Prosedur memasukkan kamera ke dalam perut untuk melihat kawasan tersebut mempunyai masalah gastrik ataupun GERD

2. Ujian Helicobacter pylori: Untuk mengesan sama ada masalah gastrik pesakit adalah disebabkan jangkitan bakteria H pylori tersebut ataupun tidak.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.