≡ Menu

Sengkuang, Sayur Yang Mempunyai Pelbagai Khasiatnya.

Sengkuang atau nama botaninya Pachyrhizus Erosus adalah sejenis sayur.  Ia mengandungi serat yang tinggi, rasanya manis dan berkanji.  Sengkuang adalah antara bahan yang mesti ada dalam rojak sayur atau rojak buah.  Ia juga enak dimakan mentah.

Bagi anda yang sedang mengamalkan diet.  Sengkuang boleh dijadikan snek di antara waktu makan.

Sengkuang sebagai sayur, makanan berkhasiat

Dikatakan 100 gram sengkuang mengandungi lebih kurang 35 kalori.  Kandungan serat dan air yang tinggi boleh membuatkan anda berasa kenyang dan tidak mengidam makanan lain.

Sengkuang yang dimakan mentah lebih enak jika ditambah beberapa bahan.  Setelah dihiris mengikut cita rasa anda, tabur sedikit garam, serbuk cili dan air limau.  Sedia untuk dimakan.

Ia juga boleh digoreng bersama tepung, dimasukkan dalam sup, digoreng dan makan bersama kuah kacang serta dijadikan inti untuk tahu sumbat dan rojak.  Sayuran ini tahan selama tiga minggu jika disimpan di dalam peti sejuk.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Mungkin kalangan kita ramai yang biasa makan sengkuang.  Namun, tidak ramai yang maklum akan khasiat yang terkandung di dalamnya.  Sengkuang mengandungi inulin iaitu sejenis bahan yang boleh membantu keradangan perut.  Serat yang terdapat di dalamnya boleh menyerap zat dalam usus dan mencegah sembelit.

BACA:  Puasa Tapi Tak Tutup Aurat, Apa Hukumnya?

Masyarakat dahulu yang tidak mempunyai kemudahan kosmetik menggunakan bahan alami untuk merawat wajah dan memutihkannya. Bagi wanita yang sangat mementingkan penjagaan kulit wajah dan sensitif dengan bahan kimia, anda boleh cuba menggunakan kaedah sengkuang.

Kandungan vitamin C yang tinggi dalam sengkuang boleh melambatkan proses penuaan dengan merendahkan paras kolesterol.  Sekiranya anda mempunyai kesan parut di wajah atau badan, kisar sengkuang dan kunyit hidup.  Sapu pada parut di wajah atau badan dan hasilnya parut hilang dan anda akan kelihatan lebih muda.

Pelbagai khasiat Sengkuang, antaranya sebagai antioksidan

Bagi pengidap diabetes, sengkuang boleh membantu merawat keseimbangan gula dalam darah.  Ia juga mampu menyembuhkan sel-sel dan tisu-tisu dalam tubuh sekali gus merangsang sistem imun.  Antioksida yang terdapat dalam sengkuang juga boleh membantu melawan kanser.

Kajian ujian tiub menunjukkan antioksida yang terdapat di dalam sengkuang berkesan meneutralkan radikal bebas yang terlibat dalam perkembangan penyakit kronik.

Pengambilan makanan yang tinggi antioksida seperti vitamin C penting bagi mengekalkan tahap kesihatan.  Selain baik untuk pertumbuhan dan pembaikan sel tisu, ia adalah elemen penting merawat selesema dan mengurangkan risiko beberapa penyakit kanser.

Sengkuang juga mengandungi vitamin B kompleks, folat dan rhiboflavin.  Ia mampu menstabilkan perut daripada rasa sakit.  Ibu mengandung boleh memakan sengkuang bagi memenuhi keperluan folat secara semulajadi sekiranya tidak boleh menelan ubat.

Dalam membicarakan tentang makanan, Islam amat menitikberatkan soal halal dan haram. Allah Taala sentiasa menyarankan kita agar mengambil makanan halal lagi baik dan melarang daripada mengikut telunjuk syaitan dalam menetapkan kehalalan sesuatu makanan.

Semuanya telah ditunjukkan dalam al-Quran dan al-Sunnah secara terperinci supaya kita tidak teraba-raba dalam kegelapan. Firman Allah SWT dalam al-Quran yang bermaksud:

“Makan dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi.”

(Surah al-Baqarah, ayat 60)

Semoga bermanfaat untuk kesihatan kita sekeluarga.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.