≡ Menu

Sepatutnya Bukan Pesakit Diabetes Sahaja Yang Mengamalkannya, Ini Khasiat Sebenar Beras Perang

Beras perang sering dijadikan pilihan untuk mereka yang ingin mengubah corak pemakanan kearah yang lebih sihat. Hal ini kerana terdapat banyak kajian yang menyatakan khasiat beras perang kepada tubuh manusia. Melalui artikel ini, jom semak 10 khasiat beras perang untuk kesihatan kita!

Pengenalan

Nasi merupakan makanan ruji rakyat malaysia. Bahkan banyak menyumbang kepada diet harian kita. Berbanding menggunakan beras putih, beras perang sering dianggap sebagai pilihan beras yang lebih berkhasiat kerana pelbagai manfaat yang dimilikinya. Beras perang merupakan jenis beras yang kurang diproses dan mempunyai nutrisi yang lebih tinggi, lantas diklasifikasikan sebagai salah satu makanan bijirin penuh.

Rata- rata mereka yang mementingkan kesihatan, mula beralih kepada beras perang sebagai makanan ruji yang baik untik kesihatan tubuh. Selain menyediakan sumber karbohidrat kompleks, beras perang juga membekalkan pelbagai nutrien penting yang terbukti baik untuk mencegah dan merawat pelbagai penyakit.

Kandungan Berkhasiat Dalam Beras Perang

Umum mengetahui bahawa beras perang membekalkan serat yang lebih banyak berbanding beras biasa. Serat adalah bahan dalam makanan tumbuhan yang tidak boleh dicerna atau diserap oleh badan. Oleh itu, pengambilan serat yang mencukupi dalam pemakanan seharian sememangnya sangat penting untuk fungsi tubuh yang lebih baik.

Beras perang biasanya tidak ditapis dan tidak diproses seperti beras putih, malah kulit beras perang juga tidak dibuang. Kulit inilah yang mengandungi pelbagai nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan seperti serat, protein, magnesium dan zink. Selain itu, pemakanan beras perang juga merangkumi jumlah mangan dan selenium yang tinggi. Mineral- mineral ini terbukti membekalkan manfaat kesihatan seperti penjanaan sel dan sistem imun badan.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Akhir sekali, beras perang juga mengandungi sebatian lignan iaitu sejenis komponen yang membentuk sel dinding tumbuhan. Lignan diketahui ampuh dalam mengurangkan risiko serangan jantung dan penyakit kardiovaskular.

10 Khasiat Beras Perang pada Kesihatan

1. Mengawal Diabetes

Beras perang mempunyai paras glisemik indeks yang rendah, yang mana berupaya membantu menstabilkan gula dalam darah. Hal ini menjadikan ia makanan yang bagus untuk penghidap diabetes. Karbohidrat kompleks seperti beras perang juga kaya dengan kandungan serat yang membantu memperlahankan proses pembebasan gula dalam darah.

Penyelidikan dari Harvard School of Health, menunjukkan amalan mengambil 2 porsi beras perang sebagai makanan harian selama seminggu, menurunkan kadar risiko diabetes jenis 2 sebanyak 16%. Kajian ini juga menekankan bahawa mereka yang memilih beras perang berbanding beras putih lebih sihat secara keseluruhannya [1].

Walaupun begitu, beras putih bukanlah penyebab diabetes. Namun ramai pakar kesihatan bersetuju bahawa beras perang merupakan pilihan yang lebih sihat terutamanya untuk mereka yang menghidapi diabetes.

 

2. Membantu Penurunan Berat Badan

BACA:  Bersyukur Dengan Ciptaan Tuhan. Usah Lawan Fitrah Kejadian

Kandungan serat di dalam beras perang menjadikan sesorang itu lebih cepat kenyang, seterusnya mambantu untuk mengurangkan jumlah hidangan. Memilih beras perang berbanding beras putih terbukti dapat menurunkan berat badan dan ukur lilit pinggang secara signifikan.

Terdapat satu kajian yang melibatkan 29, 683 orang dewasa dan 15,280 kanak- kanak. Di mana para penyelidik mendapati bahawa mereka yang mengamalkan makan bijirin penuh seperti beras perang dalam diet seharian, memiliki berat badan yang lebih rendah [2].

3. Meningkatkan Kesihatan Jantung

Sebagai salah satu produk bijirin penuh, beras perang terbukti mampu mengurangkan pembentukan plak pada pembuluh darah lalu mengurangkan risiko penyakit jantung.

Beras perang kurang kehilangan zat berbanding beras putih yang melalui proses penapisan. Selain itu, ia juga mengandungi sejumlah besar lignan, dikatakan boleh memberi perlindungan daripada pelbagai penyakit, termasuklah penyakit jantung [3]. Hal ini kerana ia sejenis fitoestrogen yang juga bertindak sebagai antioksidan yang baik untuk kesihatan.

Tambahan lagi, kandungan magnesium yang tinggi di dalam beras perang juga memainkan peranan untuk kesihatan jantung. Mineral ini membantu dalam mengekalkan irama normal degupan jantung. Ada kajian menyatakan kesihatan jantung lelaki mahupun wanita, bertambah baik dengan peningkatan pengambilan magnesium dalam pemakanan seharian [4].

 

4. Perlindungan Dari Kanser Payudara

Di Malaysia, kanser payudara antara penyebab utama kematian bagi wanita. Barah payudara yang didiagnosis pada peringkat awal, ada kemungkinan untuk disembuhkan.

Kajian pada tahun 2016, mendapati bahawa pemakanan seimbang termasuk pengambilan beras perang boleh dikaitkan dengan risiko kanser payudara yang lebih rendah secara keseluruhan [5]. Lignan yang terkandung dalam beras perang juga dipercayai boleh mencegah daripada pertumbuhan sel- sel kanser payudara [6].

 

5. Menurunkan Risiko Kanser Kolon

Komponen serat, fenol dan kandungan selenium yang tinggi membantu proses pencernaan tubuh yang lebih baik. Apabila sistem penghadaman dan pencernaan lebih sihat, peluang untuk mendapat kanser kolon juga menurun.

6. Mengurangkan Kadar Kolesterol Dalam Darah

Serat larut air yang boleh didapati dalam beras perang terbukti membantu mengurangkan kolesterol dalam darah. Serat ini akan larut dalam air lalu membentuk gel yang akan mengikat kolesterol dalam sistem pencernaan. Seterusnya, kolesterol akan dikeluarkan oleh badan melalui sistem perkumuhan. Oleh itu, bagi mereka yang mempunyai tahap kolesterol yang tinggi, akan dinasihatkan untuk mengambil banyak makanan dengan kandungan serat larut air.

Di smaping itu, kajian telah pun menunjukkan bahawa dedak beras dan serat yang terkandung dalam beras perang dapat menurunkan kadar kolesterol yang tidak sihat seperti LDL [7].

7. Meningkatkan Imuniti

Beras perang kaya dengan selenium, yang berupaya menigkatkan imuniti ketahanan badan. Selenium merupakan salah satu mineral yang berpotensi sebagai antioksidan, dipercayai dapat mengurangkan risiko penyakit seperti barah, penyakit jantung dan arthritis [8]. Kandungan selenium yang tinggi dalam beras perang membantu melawan penyakit dan mengelakkan jangkitan bakteria dan virus yang menjadi punca batuk, selsema, demam, dan sakit tekak.

8. Membantu Proses Penghadaman

BACA:  Dunia Serba Moden, Adab Dan Kesopanan Haruslah Dijaga.

Sekali lagi, kandungan serat larut dalam beras perang membantu menyerap air di dalam usus dan membantu sistem penghadaman untuk berfungsi dengan lebih baik.

Antara kelebihan lain pemakanan beras perang adalah kandungan mangannya yang sangat tinggi di setiap hidangan. Mineral ini kurang dibincangkan berbanding nutrien lain, namun ia tetap penting untuk fungsi badan yang optimum. Mangan adalah mineral yang diperlukan untuk banyak fungsi penting, termasuk penyerapan nutrien dan pengeluaran enzim pencernaan. Hal ini sekaligus akan meningkatkan kelancaran proses penghadaman.

9. Mengelak Penyakit Alzheimer

Pemakanan sememangnya menyumbang kepada kesihatan mental. Seperti yang dibincangkan, manfaat beras perang bukan sahaja untuk kesihatan secara am, tetapi juga dapat mencegah penyakit alzheimer. Beras perang mengandungi profil nutrien yang baik untuk membanteras penghasilan enzim yang menjadi penyebab kepada penyakit Alzheimer.

Ia mengandungi komponen yang boleh merencatkan enzim berbahaya yang dikenali sebagai prolapi endopeptidase, yang dikaitkan dengan penyakit Alzheimer. Ia juga bermanfaat untuk penyakit yang melibatkan saraf otak lain seperti demensia dan amnesia.

10. Mengelakkan Sembelit

Serat larut dalam beras perang berfungsi menyerap air dalam usus, seterusnya mengelakkan najis menjadi keras. Hal ini membantu untuk melawaskan dan mengurangkan sembelit.

11. Mengurangkan Risiko Osteoporosis

Beras perang juga berperanan sebagai sumber magnesium yang merupakan nutrien utama untuk kesihatan tulang. Secawan beras perang memenuhi kira- kira 21% daripada keperluan magnesium harian.

Sebaris dengan nutrien seperti kalsium dan vitamin D, magnesium diperlukan untuk meningkatkan ketumpatan tulang dan kekurangannya akan meningkatkan risiko osteoporosis [9].

12. Mencegah Pembentukan Batu Karang Untuk Wanita

Beras perang mengandungi serat yang berfungi untuk  mempercepat perjalanan makanan melalui perut dan usus. Satu kajian yang diterbitkan dalam American Journal of Gastroenterology mendapati bahawa diet yang tinggi dengan serat mengurangkan risiko pembentukan batu karang di kalangan wanita [10].

13. Sesuai Sebagai Makanan Bayi

Pemakanan yang berkhasiat memberi kesan yang baik untuk tumbesaran bayi. Beras perang yang berkhasiat ini pula terbukti selamat diperkenalkan kepada anak- anak yang baru mencapai usia 6 bulan. Hal ini kerana beras perang bebas kandungan allergen yang boleh merangsang irritasi kepada bayi.

Selain itu, ia juga bijirin yang padat dengan nutrisi. Jelas sekali beras perang merupakan pilihan makanan yang sihat untuk bayi. Antara cara hidangan beras perang untuk bayi adalah dikisar halus atau dijadikan bubur supaya mudah dicerna oleh perut bayi.

Kesimpulannya, beras perang merupakan alternatif yang berkhasiat berbanding beras biasa. Dengan kombinasi diet yang sihat, kaya dengan sayur- sayuran, buah dan sumber protein tanpa lemak, boleh membantu mencegah pelbagai penyakit.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.