≡ Menu

Sepotong Doa Dari Nabi Musa Untuk Mempermudahkan Kesulitan Yang Dialami

Kehidupan yang penuh ranjau ini, kita tidak terkecuali berdepan dengan halangan serta masalah yang kadangkala boleh melemahkan keyakinan dan kesungguhan. Kita rasa hilang punca, kita rasa kosong serta pedoman hidup lebih-lebih lagi bila saat kehilangan pekerjaan.

Dinasihatkan sebelum memulakan sesuatu urusan seperti berdepan dengan bos, proses temu duga atau apa sahaja yang berkaitan dengan pekerjaan, moleklah kiranya kita memohon doa agar dipermudahkan segala urusan yang dikehendaki.

Kita digalakkan meminta apa sahaja kepada Allah dengan bahasa yang mudah. Walaubagaimanapun kita perlu menunjukkan kesungguhan melalui usaha mencari ayat doa yang sesuai memenuhi kehendak hajat.

BACA:  Mufti Wilayah Dilantik Sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Serangkai Doa Nabi Musa Untuk Kebaikan Pekerjaan Dan Jodoh

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Rabbi, inni lima anzalta ilayya min khairin faqir.

Ertinya:

“Ya Tuhanku, sungguh aku sangat memerlukan sesuatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku.”

Doa ini sangat ringkas tetapi padat dan mendalam maknanya. Amalkanlah membaca doa ini sebanyak mungkin. Lagi satu, doa ini tidak tertumpu kepada rezeki semata-mata, ia juga untuk individu dipertemukan dengan jodoh yang baik-baik.

BACA:  6 Doa Ini Jika Dibaca Semasa Mengandung Sampai Melahirkan, InsyaAllah Anak Dengar Kata, Tak Meragam Ketika Membesar

Mari kita sama-sama amalkan Doa Nabi Musa ini. Surah Al-Qisas (Ayat 24), walau pendek namun memiliki manfaat yang sangat besar. Sesungguhnya Allah adalah tempat kita semua bergantung.

Mengapa perlu meminta-minta kepada manusia sedangkan kita ada Allah Yang Maha Berkuasa sebagai tempat mengadu. Berdoalah dengan penuh perhatian, tawakal dan yakin kepada Allah.

Selamat Beramal

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.