≡ Menu

Sesalan Sesudah Tertutupnya Pintu Taubat Itu Tiada Gunanya Lagi. Insaflah


Tiada Guna Penyesalan Di Hari Akhirat

Firman Allah

وَهُمْ يَصْطَرِخُونَ فِيهَا رَبَّنَا أَخْرِجْنَا نَعْمَلْ صَالِحًا غَيْرَ الَّذِي كُنَّا نَعْمَلُ ۚ أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيرُ ۖ فَذُوقُوا فَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ نَصِيرٍ

Dan mereka berteriak di dalam neraka itu: “Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami niscaya kami akan mengerjakan amal yang saleh berlainan dengan yang telah kami kerjakan”. Dan apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berfikir bagi orang yang mau berfikir, dan (apakah tidak) datang kepada kamu pemberi peringatan? maka rasakanlah (azab Kami) dan tidak ada bagi orang-orang yang zalim seorang penolongpun.(Fathir : 37)

Pengajaran

1. Orang kafir dan ahli maksiat  akan  berteriak dalam neraka meminta pertolongan dengan suara yang tinggi. Apakah yang mereka minta? Mereka minta dikeluarkan agar diberi peluang untuk mengerjakan amal soleh jika dikembalikan ke dunia.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

2.  Allah SWT menempelak golongan ini dengan mengatakan bahawa Allah telah memberi umur yang cukup di dunia untuk melakukan amal soleh, tetapi sifat manusia yang tidak mengendahkan peringatan yang diberikan.

BACA:  Masya'Allah, Tanda Tanda Akhir Zaman Semakin Jelas Kelihatan

3. Dalam Tafsir al-Wahidi dikatakan bahwa nazir (pemberi peringatan) dalam ayat ini bererti Rasulullah yang membawa Al-Qur’an, boleh pula dertikan sebagai umur tua dan kematian. Memang umur dan kematian tersebut adalah peringatan penting bagi manusia bahwa sebentar lagi dia akan meninggalkan dunia yang fana ini, dan diwajibkan mempertanggungjawabkan perbuatannya.

4.  Jangan disia-siakan segala kesempatan yang diberi kepada kita ketika hidup di dunia. Rebutlah 5 perkara sebelum dating 5 perkara agar tiada penyesalan di akhirat.

BACA:  9 Tanda Tanda Anda Disihir Untuk Bercerai Dengan Pasangan. Nauzubillah

Dari Ibnu ‘Abbas, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

اِغْتَنِمْ خَمْسًا قَبْلَ خَمْسٍ : شَبَابَكَ قَبْلَ هَرَمِكَ وَ صِحَّتَكَ قَبْلَ سَقَمِكَ وَ غِنَاكَ قَبْلَ فَقْرِكَ وَ فَرَاغَكَ قَبْلَ شَغْلِكَ وَ حَيَاتَكَ قَبْلَ مَوْتِكَ

Maksudnya: “Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Masa sihat sebelum sakit. Masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Masa mudamu sebelum datang masa tua dan Masa hidup sebelum tiba masa mati.” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).

5.. Ambil peluang meningkatkan amalan agar beroleh keampunan dan mencapai taqwa.

https://t.me/kapsul_tazkirah

https://www.facebook.com/profile.php?id=100089802003872

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.