≡ Menu

Setiap Detik Kita Bernyawa Merupalan Bukti Kasih Dan Sayang Allah, Subhanallah

قَالَ رَبِّ ٱغۡفِرۡ لِی وَلِأَخِی وَأَدۡخِلۡنَا فِی رَحۡمَتِكَۖ وَأَنتَ أَرۡحَمُ ٱلرَّ ٰ⁠حِمِینَ

Nabi Musa berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, ampunkanlah bagiku dan bagi saudaraku, dan masukkanlah kami ke dalam rahmatMu, kerana Engkaulah sahaja Yang Maha Mengasihani dari segala yang lain mengasihani” [Surah al-A`raf 151]

Di dunia ini tidak ada kasih sayang terindah yang melebihi kasih sayang Allah kepada hambaNya.

Dalam sebuah hadis diceritakan bahawa ada seorang wanita tawanan perang yang sedang mencari-cari anaknya, Di tengah-tengah rombongan itu ada seorang ibu yang sedang mencari-cari bayinya. Tatkala dia berhasil menemukan bayinya di antara tawanan itu, maka dia pun memeluknya erat-erat ke tubuhnya dan menyusuinya. Melihat kejadian tersebut Rasulullah saw bersabda kepada para sahabat:

أتَرَوْنَ هَذِهِ المَرْأةَ طارِحَةً ولَدَها فِي النّارِ؟ قُلْنا: لا، واللهِ وهِيَ تَقْدِرُ عَلى أنْ لا تَطْرَحَهُ، فَقالَ رَسُولُ اللهِ ﷺ: لَلَّهُ أرْحَمُ بِعِبادِهِ مِن هَذِهِ بِوَلَدِها

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

“Apakah menurut kalian wanita ini akan sanggup melemparkan anaknya ke dalam api?” Para sahabat pun menjawab: “Demi Allah dia tidak akan sanggup melemparkan anaknya kedalam api”. Lantas Rasulullah saw pun bersabda: “Sungguh kasih sayang Allah kepada hambaNya jauh lebih besar daripada kasih sayang wanita ini kepada anaknya” (HR Muslim)

BACA:  Pemakai Cermin Mata Kurang Berisiko Untuk Terkena Virus Covid-19. Mask Tetap Kena Pakai Ya

Hadis ini menunjukkan pada kita salah satu sifat Allah bahawa Allah sangat sayang kepada hambaNya melebihi kasih sayang ibu kepada anaknya. Kita sangat tahu bagaimana kasih sayang seorang ibu kepada anaknya yang mungkin tidak ada tandingannya di dunia ini, akan tetapi kita sangat perlu tahu bahawa kasih sayang Allah melebihi segala-galanya.

Rasulullah saw bersabda:

لَمّا قَضى اللَّهُ الخَلْقَ، كَتَبَ عِنْدَهُ فَوْقَ عَرْشِهِ: إنَّ رَحْمَتِي سَبَقَتْ غَضَبِي

“Ketika Allah swt telah selesai menciptakan makhluk, Allah menulis di atas arsyNya: “Sungguh, kasih sayangKu mengalahkan kemurkaanKu” (HR al-Bukhari)’

Maka disamping kita wajib mencintai Allah swt, kita juga wajib mencintai sesama makhluk. Dengan menyayangi sesama makhluk, kita akan memperoleh kasih sayang Allah swt. Sabda Rasulullah saw:

BACA:  Ubah Tabiat Supaya Menjadi Morning Person. Ini 5 Perkara Yang Kita Perlu Lakukan

الرّاحِمُونَ يَرْحَمُهمُ الرَّحمنُ، ارحَمُوا أهلَ الأرضِ يَرْحْمْكُم مَن في السّماء

“Orang-orang yang saling berkasih sayang akan disayangi oleh Zat yang maha penyayang (Allah swt). Maka sayangilah penduduk bumi, nescaya yang berada di langit akan menyayangi kalian” (HR Abu Dawud)

Namun, Rasulullah saw menyatakan dengan tegas bagi sesiapa yang tidak memiliki rasa kasih sayang maka dia adalah orang yang celaka. Sabda Rasulullah saw:

لا تُنْزَعُ الرَّحْمَةُ إلّا مِن شَقِيٍّ

“Tidaklah kasih sayang itu dicabut kecuali dari orang yang celaka” (HR Abu Dawud)

Ketahuilah bahawa kasih sayang Allah kepada hambaNya tiada sebarang tandingan. Maka lakukanlah kebaikan serta sayangilah sesama manusia, agar kita sentiasa disayangi oleh Allah swt

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.