≡ Menu

Sifts Redha Untuk Mendidik Jawa Dan Merawat Hati

Merawat Hati Dengan Sifat Redha

Setiap kita akan diuji dengan pelbagai ujian. Namun kita diajar agar bersabar serta memiliki sifat redha dengan sebarang ujian yang kita hadapi.

Yakin dan percayalah bahawa ujian yang menimpa kita bukan sia-sia. Pasti ada hikmah yang kita tidak ketahui.

Dalam menghadapi ujian, kita perlu banyak bersabar dan redha. Firman Allah SWT:

جَزَاؤُهُمْ عِنْدَ رَبِّهِمْ جَنَّاتُ عَدْنٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ۖ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ ۚ ذَٰلِكَ لِمَنْ خَشِيَ رَبَّهُ

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Maksudnya: Balasan mereka di sisi Tuhan mereka ialah syurga ‘Adn yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah redha akan mereka dan mereka pun redha (serta bersyukur) dengan nikmat pemberianNya. Balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya. (Surah al-Bayyinah ayat: 8)

BACA:  3 Perkara Yang Kita Lupa Apabila Melakukan Ibadah Puasa

Kita perlu merawat hati agar memiliki sifat redha antaranya melalui:

1.  Perbanyakkan zikrullah

2.  Tingkatkan ibadat-ibadat sunat.

3.  Sentiasa bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah SWT.

4.  Sentiasa melazimi majlis ilmu dan pertingkatkan kefahaman agama.

5.  Sucikan hati daripada segala sangka buruk atau kejahatan yang membelenggu.

BACA:  Sedeqah Subuh, Betapa Hebatnya Amalan Mudah Ini.

6.  Bergaul dengan orang-orang sekeliling yang baik dan soleh. 

7.  Berkongsi masalah dengan orang yang boleh dipercayai

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.