≡ Menu

Simpati Dengan Masalah Penduduk Selangor, Ebit Liew Beli Air Dua Lori Untuk Diagihkan

Simpati Dengan Masalah Penduduk Selangor, Ebit Liew Beli Air Dua Lori Untuk Diagihkan

Sebut mengenai Ustaz Ebit Liew pasti orang ramai cukup mengenalinya menerusi sikapnya yang rajin berdakwah dan bersedekah kepada orang ramai.

Jika pada awal bulan ini, beliau antara yang terawal membantu pelajar universiti, minggu ini beliau sekali lagi berjaya membantu orang ramai dengan menyalurkan air kepada warga Selangor yang terkesan dengan masalah bekalan air di negeri tersebut.

BACA:  Terfikir Untuk Pakai Gelang Kaki? Ketahui Hukum Menurut Syarak

Apa yang lebih menarik menerusi bantuan pada kali ini, Ustaz Ebit Liew nampaknya berjaya menyalurkan bantuan dalam skala besar dengan mengagihkan dua lori besar buat penduduk Batu Caves, Selangor.

Simpati Dengan Masalah Penduduk Selangor, Ebit Liew Beli Air Dua Lori Untuk Diagihkan Simpati Dengan Masalah Penduduk Selangor, Ebit Liew Beli Air Dua Lori Untuk Diagihkan

Menurut perkongsiannya, beliau bersama pasukannya mulai mengagihkan air bermula jam 10 malam sehingga waktu Subuh. Difahamkan setakat pagi tadi proses agihan masih lagi dijalankan dalam usaha memberikan bantuan air kepada orang ramai.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Usaha murni Ustaz Ebit Liew dalam membantu orang ramai ini nyata membuatkan para netizen kagum dengan usahanya serta mendoakan semoga beliau dimurahkan rezeki. Tidak kurang para netizen yang membandingkan bantuan Ustaz Ebit Liew dengan sosok individu yang lain.

BACA:  Jauhilah Bisnes Like & Share. Ada Unsur Yang Tidak Patuh Syariah. Mencari Rezeki Itu Perlu, Mencari Yang Halal Itu Fardhu
Simpati Dengan Masalah Penduduk Selangor, Ebit Liew Beli Air Dua Lori Untuk Diagihkan Simpati Dengan Masalah Penduduk Selangor, Ebit Liew Beli Air Dua Lori Untuk Diagihkan Simpati Dengan Masalah Penduduk Selangor, Ebit Liew Beli Air Dua Lori Untuk Diagihkan

 

Sumber: thevocket.com

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.