≡ Menu

Solat Tidak Khusyuk, Hati Mengingat Dunia. Nauzubillah, Sia Sia Sahaja

Berikut merupakan beberapa pendapat para ulama dalam mendefinisikan khusyuk. Kata Imam Ibn Qayyim Al-Jauziyyah Rahimahullah: Khusyuk adalah: Berdirinya hati di hadapan Tuhan dengan penuh ketundukan dan perasaan hina diri. Ibn Al-Qayyim juga turut menyatakan pendapat tokoh ulama tasawuf iaitu Imam Junaid Al-Baghdadi Rahimahullah yang berkata: Khusyuk adalah; Perasaan rendah diri di dalam hati ke hadapan Tuhan yang Maha Mengetahui perkara ghaib. Rujuk Madarij Al-Salikin (1/521).

Imam Ibn Rajab al-Hanbali Rahimahullah turut memberikan definisi yang menarik berkenaan khusyuk. Kata beliau: Asal bagi khusyuk adalah perasaan lembut jantung hati, tenang, tunduk serta tetapnya ia. Lihat Al-Khusyuk Fi Al-Solat, Ibn Rajab Al-Hanbali (Hlm. 17).

BACA:  Jual Nasi Lemak Raih RM400,000 Sebulan Dengan Modal RM3,000

Berkenaan ganjaran bagi golongan ini, Allah S.W.T telah menyatakan akan kejayaan yang diperoleh bagi hamba-hamba-Nya yang khusyuk di dalam solat mereka. Hal ini dinyatakan melalui firman-Nya:

قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ هُمْ فِي صَلاتِهِمْ خَاشِعُونَ

Maksudnya: Sesungguhnya telah berjayalah orang-orang yang beriman. Yang mana mereka itu khusyuk di dalam solat mereka.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Surah Al-Mu’minuun (1-2)

Setiap muslim hendaklah berusaha untuk khusyuk ketika solat. Bayangkan sekiranya bos kita sedang bercakap dengan kita sedangkan kita sibuk bermain telefon. Begitulah perumpaan orang yang sedang berada dihadapan Allah, namun jiwanya sibuk dengan urusan dunia.

BACA:  "Tunjukkan Kami Jalan Yang Lurus". Mendalam Sungguh Makna Ayat Ini.

Rasulullah pernah berpesan dalam sabdanya:

فَإِذَا صَلَّيْتُمْ فَلَا تَلْتَفِتُوا فَإِنَّ اللَّهَ يَنْصِبُ وَجْهَهُ لِوَجْهِ عَبْدِهِ فِي صَلَاتِهِ مَا لَمْ يَلْتَفِتْ

“Apabila kamu mendirikan solat, maka janganlah hati kamu berpaling (dari Allah). Sesungguhnya Allah menghadapkan wajahNya kepada wajah hambanya selagi hambanya tidak berpaling.” (HR al-Tirmizi, dinilai Sahih)

Justeru, ambillah pengajaran dari hadis ini. Cubalah khusyuk ketika solat kerana sesungguhnya Allah sentiasa mengadap kita selagimana hati kita tidak berpaling dariNya.

Semoga Allah membimbing kita.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.