≡ Menu

Sparkling Water, Betul Ke Ia Menggemukkan? Baca Lebih Lanjut

Bila ke restoran mahal, mereka biasa menghidangkan sparkling water. Almaklumlah harga sparkling water juga lebih mahal berbanding air biasa.

Sparkling water menjadi alternatif terbaik untuk individu yang kurang gemar minum air kosong tetapi masih mahukan manfaat minuman tersebut dengan penambahan rasa soda tanpa sebarang bahan-bahan berbahaya, jadi rasanya agak berkarbonat.

Di sebalik kesegarannya pernahkah anda bertanya, sama ada sparkling water baik untuk kesihatan berbanding air biasa. Kenapa penulis berkata begitu, ada ura-ura mengatakan minum sparkling water boleh menyebabkan kenaikan berat badan?

Menurut pakar diet Keri Glassman, “Jika anda mengambil sparkling water kosong tanpa tambahan gula atau perasa maka ia baik sahaja.”

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Gas karbon dioksida dalam sparkling water didapati mencetuskan hormon lapar ghrelin lebih tinggi yang menggalakkan anda makan lebih banyak untuk mengimbangi rasa tidak selesa.

Para penyelidik mengkaji kesan-kesan pada 20 sukarelawan manusia dan mendapati bahawa mereka yang minum sparkling water mempunyai kadar hormon lapar enam kali lebih tinggi daripada yang ambil air kosong biasa.Ghrelin adalah hormon yang dilepaskan dari sistem pencernaan untuk memberi tahu tentang kelaparan. Jadi dapat disimpulkan hormon mungkin berkait dengan pengambilan sparkling water sehingga membawa berat badan berlebihan.

Walaubagaimanapun, British Soft Drinks Association tetap skeptikal terhadap penyelidikan yang mendakwa bahawa tidak ada bukti yang mencukupi CO2 menyebabkan obesiti.

“Tidak terdapat bukti saintifik bahawa karbon dioksida yang terkandung dalam minuman ringan menyebabkan kelaparan atau obesiti meningkat,” jelas ketua pengarah.

BACA:  Getah Muhabsi (Commiphora Myrrha) Untuk Rawatan Sihir

Boleh diambil cuma…

Sparkling water yang dicampur manisan berlebihan atau perasa perlu dielak kerana dikhuatiri ramuan boleh membawa risiko tersembunyi. Glassman mencadangkan menambah bahan semulajadi seperti buah-buahan ke dalam air bagi memberi nutrien, bahkan alternatif yang tidak minum air kosong semata-mata. Walhal sparkling water juga adalah pilihan yang lebih sihat daripada minuman soda dan jus buah.

Kalau tanya penulis, minum air kosong lagi baik daripada minuman lain atau sekadar diletakkan hirisan buah-buahan.

 

Sumber

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.