≡ Menu

Squid Game Bukan Untuk Kanak-Kanak. Kalau Boleh Jangan Dewasa Pun Tengok Terus

Sudah beberapa minggu Squid Game ditayangkan di Netflix, masih berjaya raih tempat pertama dalam senarai Top 10 TV Shows mengalahkan Hometown Cha-Cha-Cha dan Money Heist, semua orang wajib tengok Squid Game yang tengah trending sekarang! Jika tajuknya kedengaran agak comel dan kebudak-budakan, tapi sebaliknya ia TIDAK sesuai ditonton oleh kanak-kanak. Berikut merupakan perkongsian yang sesuai dibaca oleh mak ayah tentang kenapa rancangan ini tidak sesuai ditonton oleh kanak-kanak.

Sekarang ni tengah trending satu drama Korea iaitu Squid Game. Rasa nak tonton, tapi masih lagi tak berkesempatan. Bukan apa, jika ditonton siang hari risau anak-anak nak tonton sekali, kalau menyorok sekalipun risau rasa ingin tahu anak lebih membuak-buak nak tahu apa yang mak mereka tonton.

Mengisahkan tentang 426 manusia yang dibelenggu hutang dan masalah hidup, tiba-tiba dipilih untuk menyertai pertandingan MAUT iaitu Squid Game! Dan atas sebab itulah cerita ni dikelaskan untuk 18 tahun ke atas saja kerana ada unsur yang sangat seram, ngeri serta ganas dan adegan kedewasaan. Jadi, strictly NOT for kids atau anak sekolah menegah.

BACA:  Amalan Sebelum Dan Selepas Zohor. Insya'Allah Menjauhkan Kita Dari Api Neraka

Tapi, yang merisaukan sekarang,  saja anak sekolah menengah, anak seawal 10 tahun pun turut menonton. Persoalan timbul disini kemana perginya mak ayah mereka dalam membiarkan anak-anak menonton cerita sebegini? Perkara ini sekiranya tidak dibendung, menjadi punca terhadap rosaknya akhlak dan gelapnya hati pemuda muslim zaman ini dan zaman akan datang. Nauzubillah

RISIKO TINGKAH LAKU AGRESIF!

Seperti yang kita tahu, kanak-kanak belajar dengan meniru apa yang mereka lihat dan dengar. Jadi, dengan membiarkan anak-anak menonton adegan yang dipaparkan, akan menimbulkan rasa ingin tahu untuk melakukan perkara yang sama. Dan yang lagi membimbangkan, mereka akan mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menunjukkan tingkah laku agresif, cenderung untuk melakukan kekerasan, dan membuat mereka berfikir bahawa dunia adalah tempat yang mengerikan dan kejam. Nauzubillah min zalik Menakutkan bukan?

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Jadi, nak join tengok movie viral tak salah, cuma tapis-tapis, jangan berikan anak pun tonton sama. Memang sangat merisaukan. Kalau cerita untuk kanak-kanak seperti Diana & Roma atau Like Nastya Show pun boleh beri pengaruh negatif dekat anak-anak, apatah lagi cerita sebegini. Okey, nak jump into the scene kita buatlah ‘Squid Game’ versi anak-anak? Kalau macam ni lulus kan?

BACA:  Tiga Lagi Kes Disahkan Positif Koronavirus di Malaysia - KKM
Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.