≡ Menu

Stress Kan Kalau Nak Derma Darah Tapi Tak Boleh Sebab Kurang Darah Merah. Ini Makanan Yang Menambah Darah Merah

Apakah makanan yang boleh diambil untuk tambah sel darah merah dalam badan? Artikel ini akan menjelaskan beberapa jenis makanan yang anda boleh ambil untuk tambah sel darah merah anda.

Anemia didefinisikan sebagai penurunan jumlah sel darah merah atau jumlah hemoglobin yang rendah di dalam darah. Terdapat banyak jenis anemia yang boleh dikategorikan mengikut punca terjadi masing-masing. Anemia boleh berlaku secara sementara dan juga berpanjangan bagi penghidap anemia kronik. Antara gejala seseorang individu mengalami anemia ialah merasa letih dan lemah, mempunyai daya fokus yang lemah, berdebar-debar atau sesak nafas. Teruskan membaca artikel untuk mengetahui 10 makanan yang berpotensi menaikkan jumlah darah merah.

Zat Besi

Zat besi merupakan sejenis mineral yang membawa oksigen dalam hemoglobin atau sel darah merah ke seluruh tubuh sehingga sel-sel badan dapat menghasilkan tenaga. Kekurangan sel darah merah atau hemoglobin boleh berlaku sekiranya pengambilan zat besi rendah dan tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan harian badan yang hilang setiap hari. Kekurangan zat besi akhirnya boleh menyebabkan berlakunya anemia dan membawa gejala seperti keletihan dan berasa lesu. Oleh itu, kami akan menerangkan beberapa jenis makanan untuk tambah zat besi dalam badan dan akan meningkatkan sel darah merah juga.

1. Daging Merah

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Terdapat 2 jenis zat besi di dalam makanan dan dipanggil zat besi haem dan zat besi bukan haem. Daging merah seperti lembu dan kambing mempunyai zat besi haem. Zat besi ini mempunyai kadar penyerapan yang lebih baik dan berkesan berbanding zat besi bukan haem.

Selain daripada itu, zat besi di dalam daging merah merupakan antara makanan yang tinggi zat besi. Mengikut kajian, 100 gram daging lembu mempunyai kira-kira lebih 2.7 miligram zat besi. Banyak kajian juga telah membuktikan bahawa kekurangan zat besi kebanyakannya berlaku kepada individu yang tidak mengambil daging secara kerap.

2. Hati dan Daging Organ Dalaman Lain

Hati dan daging organ dalaman lain merupakan antara makanan yang tinggi zat besi. Daging organ dalaman lain termasuklah hati, ginjal, otak dan jantung. Daging-daging ini mempunyai zat besi jenis haem yang mempunyai penyerapan yang baik. 100gram daging lembu mempunyai 6.5mg zat besi atau 36% daripada jumlah keperluan harian. Bukan sahaja tinggi dengan zat besi, malah daging seperti ini tinggi dengan vitamin B dan selenium yang dapat mempercepatkan penghasilan sel darah merah.

BACA:  Khasiat Jering, Tak Sedap Tapi Banyak Khasiatnya

3. Dada Ayam

Selain daging merah, daging putih seperti ayam dan burung juga mempunyai zat besi jenis haem. Zat besi di dalam ayam dapat membantu individu yang mempunyai masalah anemia. Antara bahagian yang digalakkan ialah bahagian dada ayam. Dada ayam mengandungi khasiat yang tinggi disamping jumlah lemak yang rendah. 100gram dada ayam mengandungi kira-kira 1.8miligram zat besi.

4. Ikan Tuna

Ikan merupakan sumber protein yang sangat berkhasiat dan rendah lemak. Diantara pelbagai jenis ikan, ikan tuna merupakan ikan yang tertinggi jumlah zat besi di dalamnya. 90gram ikan tuna mengandungi kira-kira sebanyak 1.4mg zat besi dan boleh memenuhi keperluan sebanyak 8% daripada keperluan harian. Disamping kandungan lemak tidak tepu omega 3 yang tinggi, ikan dapat memberikan manfaat kepada jantung. Selain tuna, ikan sardin juga mempunya zat besi yang tidak kurang tingginya.

5. Kerang

Kerang juga merupakan makanan yang digalakkan makan untuk menambah sel darah merah. 100gram hidangan kerang mengandungi lebih kurang 3.0 miligram zat besi iaitu 17% daripada jumlah keperluan harian. Jumlah kandungan zat besi di dalam kerang mungkin berubah-ubah mengikut jenis dan tempat kerang. Namun, zat besi di dalam kerang masih tidak akan mengecewakan. Selain kerang, tiram juga boleh dimakan secara berganti-ganti untuk meningkatkan sel darah merah.

6. Tauhu

Tauhu adalah makanan berasaskan soya yang popular di kalangan vegetarian dan di beberapa negara Asia. Walaupun tauhu dari sumber tumbuhan, tauhu juga mengandungi zat besi jenis bukan haem. Setengah cawan tauhu, iaitu kira-kira 126gram mengandungi 3.4mg zat besi. Jumlah ini memenuhi 19% keperluan badan sehari. Selain dari zat besi, tauhu juga mengandungi khasiat unik seperti isoflavon yang dikaitkan dengan penurunan risiko penyakit jantung.

7. Brokoli

Brokoli merupakan salah satu tumbuhan hijau yang mempunyai zat besi dari sumber bukan haem. Satu cawan brokoli (156gram) mengandungi kira-kira 1mg zat besi di dalamnya dan dapat memenuhi 6% daripada keperluan harian. Selain mengandungi zat besi, brokoli juga mengandungi vitamin C yang membantu dalam penyerapan zat besi. Oleh itu, individu yang menghidap anemia kronik sangat digalakkan makan brokoli bagi mempercepatkan penambahan sel darah merah.

8. Bayam

Bayam merupakan makanan yang rendah kalori sama seperti brokoli. Bayam juga merupakan antara tumbuhan hijau yang tinggi jumlah zat besi di dalam nya. 100gram bayam mengandungi 2.7mg zat besi jenis bukan haem. Namun jenis zat besi bayam dalam kategori bukan haem, bayam mempunyaai jumlah vitamin C yang tinggi yang dapat meningkatkan penyerapan jumlah zat besi di dalam badan.

BACA:  Mengapa Kaitkan Halal Dengan Kemunduran?

9. Makanan yang Berserat Tinggi

Makanan yang berserat tinggi juga biasanya mempunyai jumlah zat besi yang tinggi daripada jenis bukan haem. Sebagai contoh, 28gram biji labu mengandungi 2.5mg zat besi dan memenuhi sebanyak 14% daripada jumlah keperluan harian. Penambahan biji labu di dalam makanan amat membantu dalam menaikkan pengambilan serat sehari.

Selain biji labu, quinoa juga boleh digunakan. Satu cawan quinoa yang telah dimasak iaitu kira-kira 185gram mengandungi 2.8mg zat beli dan dapat memenuhi 16% keperluan sehari zat besi badan. Bijirin-bijirin lain juga boleh digunakan untuk dimasukkan ke dalam makanan bagi menambah keperluan zat besi yang diperlukan bagi membuat sel darah merah dengan cepat.

10. Kekacang

Kekacang merupakan makanan yang sarat dengan nutrien. Beberapa jenis kacang mengandungi sangat banyak kandungai zat besi di dalamnya. Sebagai contoh, kacang hitam atau kacang gijal mengandungi 1.8gram zat besi bagi setiap 86gram kacang. Kacang soya juga boleh dimakan bagi meningkatkan kandungan zat besi di dalam badan seterusnya meningkatkan sel darah merah di dalam badan.

Selain itu, kekacang seperti dhal boleh juga dimasukkan ke dalam masakan untuk meningkatkan jumlah zat besi di dalam badan. 1cawan kekacang iaitu lebih kurang 198gram mempunyai kira-kira 6.6mg zat besi dari sumber bukan haem. Digalakkan untuk mengambil sumber kekacang bersama dengan makanan yang tinggi sumber vitamin C kerana kekacang tiada sumber vitamin C tersendiri.

Kesimpulan

Disamping pemakanan tinggi zat besi yang telah ditulis, makanan tinggi zat besi ini digalakkan untuk diambil bersama makanan yang kaya dengan vitamin C bagi meningkatkan penyerapan zat besi ke dalam badan. Disamping itu, berhati-hatilah ketika mengambil makanan yang tinggi zat besi agar tidak diambil bersama makanan yang boleh menghalang penyerapannya.

Antara makanan yang boleh menghalang penyerapan zat besi ialah seperti kacang, (mengandungi phytate), susu dan produk tenusu (mengandungi kalsium), kuning telur (mengandungi fosvitin) dan the, kopi, serbuk koko (mengandungi tannin). Akhir sekali, disamping pemilihan makanan yang tinggi zat besi, konsep pemakanan seimbang dan sihat masih menjadi keutamaan. Makanlah secara sihat mengikut konsep pinggan sihat Malaysia.

Diharapkan artikel makanan untuk tambah darah merah ini membantu para pembaca sekalian

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.