≡ Menu

Suami Berehsanlah Kepada Isteri, Dapat Buat 4 Perkara Ini Pun Dah Sangat Membahagiakan Suri Hati


Untuk SUAMI…Berehsan lah kepada isteri kamu.

Makan malam bersama cinta hati dan maryam sebab abg2 dan kakak ada kelas teakwondo.

masuk ke kedai.. duduk..tapi perit tekak sebab ada yg kurang cerdik hisap rokok macam minta mati cepat…jadi kami alih tempat duduk

berhadapan kami..satu keluarga..masyaaAllah baik2 anak2 nya

6 org

yg paling kecil..di dukung ibu…agak2 usia 4 atau 5 bulan..

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

saya mengadap meja meraka…mata saya tak habis pandang..

ibu nya..sekejap bangun..sekejap duduk..sekejap bangun..sekejap duduk…dodoi kan anak..

ayah?

cuba teka..

ya.. tengok talifon.

kami dapat makanan dahulu..

saya makan dgn tenang..teringat masa anak saya kecil2.. kalau makan suami akan ambil anak…dia hebat bab makan sambil gendong anak..macam tiada apa yg di gendung..laju shj dia habis makan….

mata saya tak habis pandang lagi ibu itu…saya dpt tangkap dia sebut..” udah ya dik…ibu letih..jom kita duduk?”

saya pandang suami nya..tak angkat muka lagi.

sambil saya makan, makanan mereka pun sampai..

bapa laju mengadap makanan

ibu?

sebelah tgn anak…bahu dgn napkin putih sebelah tgn suap makan…

saya makan laju2 sikit..

bila ibu nya nampak x boleh nak makan…letih lengan barangkali..

saya dengar dia ckp pada anak yg paling tua..

“along, tolong ambik adik sekejap”

soleh sungguh..laju2 along nya minum air dan ambil adik..

BACA:  ‘Mak, I Can’t Stop Baca Quran, Dah Ketagih Ni…’ Inilah Kaedah Rahsia Ibu Ini Buat Anak Jatuh Cinta Dengan Al-Quran

sedang ibu nya makan..along nya macam nak terjatuh adik tu…mak nya terjerit..along!

laju2 saya pergi..

“mari puan.. saya jaga dukung baby..”

“puan makan ya, minum”

nampak riak muka ibu itu terkejut, lepas itu senyum dan ucap terima kasih…

laju2 ibu itu minum..

saya ckp

“tak pa puan, pelan2”

mungkin dia rasa takut menyusahkan saya..

dia minum cepat2 dan kembali ambil baby..

terdengar bapa nya ckp

“elok diam dia”

tak tahu macam mana saya nak beriaksi..

adakah kerana anak diam

boleh biar isteri pegang sepanjang masa?

untung kamu punya isteri baik begitu.

ini nasihat saya kepada bapa2.

isteri ini tak minta banyak..

kalau nak di banding kan dengan banyak yg telah dia korban kan dan beri bagi memudahkan pihak suami.

tak terbalas dek suami.

EHSAN suami pada isteri yg ber anak kecil yg pasti isteri akan sgt2 hargai.

1.Mudahkan waktu makan .. terutama waktu anak bawah 1 tahun…

mohon bergilir pegang atau jaga anak…benarkan isteri makan dahulu.. terutama isteri yg menyusu badan.. lapar memang sgt lapar….bukan di buat2.

suami tidak menyusu badan dan perut sedia ada lemak tersimpan tu…tak lapar mana..boleh tahan..

kalau mampu suap isteri itu lebih bahagia.

2. Mudahkan urusan menunggu…contoh kalau tengok kedai makan ramai org dan dapat parking tidak jauh, tak payah minta isteri keluar kereta lagi..biar dia tunggu dgn aircond on..
bila makanan sampai pergi ambil anak dan isteri…

ini tidak..dah lah bawak sekali, menunggu panas2, tolong dukung anak tak mahu, muka tengok phone, anak menangis marah, makanan sampai dia hadap dulu…isteri terkulat2 lapar dan letih..kesian.

BACA:  Amalkan Surah Yusuf Selepas Subuh. Kunci Keluarga Menjadi Harmoni Dan Bahagia

3. Beri masa isteri tidur dgn tenang di luar waktu tidur.. ehsan kan isteri yg sudah berjaga malam menyusu anak anda…

jadi kalau nampak isteri letih..offer jaga anak2.. suruh isteri masuk bilik kunci pintu dan tidur..

ini tidak… ramai bapa macam cacat pun ya.. anak nangis tak reti nak buat apa, anak berak tak reti nak buat apa, anak nak makan tak reti nak buat apa…yg reti..ckp ” pergi kat ibu/mak/mama” …eh…teruk sgt cacat nya tu.

4. Ringan urusan sampingan isteri.. kalau isteri dah basuh baju, tolong sidai kan.. kalau makan, basuhkan pinggan anak2, kalau mahu keluar, tolong sarungkan baju seluar anak2..

nampak kecik..tapi benda2 ini kalau di timbun atas bahu isteri shaja di tambah pula dengan tak tidur malam menyusu dan lapar..ianya sgt2 menyiksakan…

tidak jadi pondan suami kalau tolong basuhkan pinggan..

dan mertua pula.. jgn sedap mulut mengomel ckp menantu mengkuli kan anak jantan awak… kalau taknak anak jantan kerja.. jangan bagi kahwin..awak bela sampai tua.

cukup rasanya 4 ini.. mampu buat yg ini pun dah sgt2 membahagia kan isteri.

semoga Allah permudahkan urusan kita semua

Suami Baik menghasilkan isteri yg solehah dan isteri solehan menghasilkan ibu yg mithali

*terima kasih cinta hati*

Sumber :Fauzan N Siti

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.