≡ Menu

Sudahkah Kita Tukar Wang Kita Kepada Nilai Akhirat?

Amalan berderma, berinfaq, berwakaf atau bersedekah merupakan antara cara kita berbelanja harta yang dimiliki sebagai persiapan bekalan di hari akhirat. Firman Allah SWT:

الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُم بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ سِرًّا وَعَلَانِيَةً فَلَهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ

Maksudnya: Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita. (Surah al-Baqarah: 274).

Dr. Wahbah al-Zuhaili berkata: Allah SWT menjelaskan tentang pahala orang-orang yang berinfaq dan pahala berinfaq dalam setiap keadaan dan waktu. Barangsiapa yang bersedekah, baik pada waktu malam atau siang hari, dengan cara sembunyi-sembunyi atau terang-terangan, dalam keadaan dirinya sendiri memerlukan atau tidak,  maka baginya pahala yang sempurna di sisi Allah. Tidak ada ketakutan baginya di akhirat dan tidak pula dia merasa khuatir dan bersedih. Maksudnya tidak ada ketakutan baginya ketika menghadapi kedahsyatan hari Kiamat dan tidak pula dia bersedih dan khuatir terhadap keadaan anak-anaknya setelah dia meninggal dunia. Dia juga tidak merasa sedih dan menyesali atas apa yang dia tidak mampu raih dari kehidupan dunia dan keindahannya. Ini kerana dia telah menjumpai apa yang jauh lebih baik daripada itu semua. (Lihat al-Tafsir al-Munir, 2/105)

BACA:  “Perlu Kita Uji Sendiri Sebulan Sekali,” Lelaki Ini Kongsikan Pentingnya Untuk Periksa Peranti ELCB Di Rumah

Diceritakan kisah seorang jutawan dengan pemandunya. Seorang jutawan sedang berada di dalam kereta mewahnya menuju ke pejabat sambil memasang telinga mendengarkan ceramah yang sedang ke udara di radio keretanya.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Penceramah berkata bahawa dunia ini sementara. Kekayaan yang kita miliki ini tiada makna apabila meninggal dunia kelak. Jadi semasa hidup ini, perbanyakkan memberi.

Jutawan itu merasakan ceramah itu entah apa-apa. Lalu dia berkata kepada pemandu keretanya : “Orang macam ni nak mengambil kekayaan kita. Sebab tu dia suruh kita memberi ke sana sini.” Jutawan tadi mencebik.

Di dalam kepala jutawan itu mula berfikir segala hartanya yang ada. Segala emas permata, segala duit simpanan, segala asetnya. Lalu dia bertanya kepada pemandunya:

“Kamu tahu bagaimana kalau saya nak bawa semua harta saya semasa saya mati? Saya tak nak tinggal sikit pun untuk sesiapa”. Lancar soalannya. Mungkin kerisauan hartanya nanti diambil orang apabila sudah mati.

Pemandu jutawan ini mula bersuara: “Bos ingat tak masa bos pergi US dulu? Masa tu bos bawa matawang apa pergi sana?”

“Mestilah USD. Kau dah kenapa tanya aku macam tu?” Jutawan tadi berasa pelik, tetapi kepalanya masih menerawang akan segala hartanya yang berkepuk-kepuk.

BACA:  Tips Untuk Mengenali Ayam Yang Disuntik. Ini 5 Petandanya

“Bos, kalau kita nak pergi ke Jepun, kita kena guna matawang Yen kan? Kalau kita nak ke Singapura kita gunakan SGD kan? Apa jadi kalau saya nak pergi sana bawa duit RM500 contohnya untuk pergi membeli-belah, pergi makan, pergi berjalan? Mereka terima tak?”

Jutawan itu ketawa besar. “Kamu nak pergi negara orang, kena ikut matawang negara itu. Mana laku duit kamu tu kalau nak berbelanja di sana. Kamu kena tukar duit kamu siap-siap di sini. Dah tukar duit, baru kamu selamat nak ke luar negara dengan mudah. Apalah soalan kamu ni”.

Pemandu tersebut tersenyum. “Bos, begitu jugalah dengan alam kita selepas dunia. Dia ada ‘matawang’nya sendiri. Tak laku dah segala harta kita, segala Dollar, Pound, Ringgit, Yen yang kita ada ni. ‘Matawang’ di sana menggunakan amalan kita di dunia. Kalau bos bawa duit bos ke dalam kubur pun, tak laku bos. Tak ada ‘money changer’ di sana dah!”

Jutawan tadi terdiam. Rasa tersentak. Air liur yang ditelan terasa pahit dan perit.

Apa khabar wang ringgit kita? Adakah sudah ditukar nilainya untuk bekalan di hari akhirat?

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.