≡ Menu

Sujud Dan Rukuk Sewaktu Dengan Imam. Sah Atau Tidak Solat?

SOALAN
Apakah hukumnya makmum yang selalu mengikut imam bersama-sama melakukan rukun sembahyang iaitu makmum tersebut rukuk bersama imam dan turun sujud bersama imam?

JAWAPAN
Makmum disunatkan tidak menyamai perbuatan imam di dalam solat iaitu disunatkan apabila imam bergerak hendak rukuk maka makmum jangan lagi bergerak.

Dan apabila imam telah pun rukuk maka barulah makmum bergerak untuk rukuk.

Dan bila imam mula turun kepada sujud maka makmum jangan lagi bergerak..

… dan apabila imam sudah metakkan dahinya ke bumi maka barulah makmum bergerak turun kepada sujud.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Maka jika imam imam baru hendak turun rukuk atau turun sujud makmum turut sama bergerak untuk rukuk dan sujud bersama-sama imam nescaya hukumnya adalah makruh dan mengurangkan pahala berjemaah.

BACA:  Kalau Boleh Elakkan Makanan Yang Dibungkus Menggunakan Surat Khabar

Berkata Syeikh Ibnu Qasim:

Tidak membatalkan solat kalau makmum menyamai imamnya yakni sah ikutannya itu sekali pun perbuatannya itu makruh dan meluputkan fadhilat berjemaah pada perbuatan menyamainya itu.

Sama seperti mana makmum menyamai perkataaan dan perbuatan solat imam yang tidak disuruh menyamainya seperti fatihah dan surah pada dua rakaat yang awal dan salam dan sekelian gerakan solat.”

(Hasyiah Bajuri)
KESIMPULAN

Di dalam solat berjemaah ada perkara yang disunatkan makmum menyamai imam iaitu membaca amin.

Dan ada yang dimakruhkan makmum menyamai imam iaitu seperti rukuk dan sujud dan salam.

Dan ada yang menyebabkan tidak sah solat makmum bila dia menyamai imam iaitu takbiratul ihram.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.