≡ Menu

Sukar Melupakan Kesalahan Orang Lain Terhadap Diri Kita. Ini Petua Untuk Memaafkan Orang Lain

SETIAP dalam kalangan kita pasti mempunyai pengalaman manis dan pahit yang akan dikenang sampai bila-bila.

Jika melibatkan suatu momen yang indah, bibir pasti akan mengukir senyuman kegembiraan tatkala mengingat semula kisah berkenaan.

Namun begitu, jika melibatkan perkara pahit, emosi kita akan terganggu. Pasti kita akan memberikan reaksi yang berbeza atau berubah riak wajah apabila mengenangkannya.

Ya, kadangkala ada orang yang pernah menyakiti hati kita. Apatah lagi dengan kata-kata berbisa hinggakan ungkapan yang dibutirkan dari bibirnya itu terngiang-ngiang dalam kepala.

Begitu juga dengan kesalahan yang membuatkan hati kita benar-benar sakit. Peristiwa itu sukar untuk dilupakan walaupun kita tidaklah sampai berdendam dengan individu berkenaan.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Walhal, individu berkenaan sudah pun kita maafkan dan perkara itu sudah bertahun-tahun berlalu lamanya. Jika kita dalam keadaan ini, apakah yang perlu dilakukan?

BACA:  Hukum Memberi Upah Kepada Penyembelih Dengan Hasil Sembelihan Korban

Namun, katanya, ia tidak mustahil untuk kita lupakan.

Dalam hal itu, beliau mengajak kita untuk menyelami bait-bait kalamullah ini.

Firman ALLAH SWT: “Dan balasan kejahatan adalah kejahatan yang setimpal, tetapi barang siapa yang memaafkan dan berbuat baik yakni kepada orang yang berbuat jahat, maka pahalanya daripada ALLAH. Sesungguhnya DIA tidak menyukai orang yang zalim.” (Surah al-Syura, ayat 40)

Melihat kepada ayat berkenaan, jelas beliau, terdapat satu peristiwa yang berlaku kepada Nabi Muhammad SAW ketika nabi mengembangkan dakwah baginda.

Peristiwa ini berlaku di Taif apabila dakwah nabi ditentang dan nabi juga dibaling batu sehingga berdarah pada kaki, terangnya.

BACA:  Vaksin Pneumokokal Bakal Diwajibkan Bagi Kanak-kanak Bawah 2 Tahun

“Begitupun, Nabi Muhammad SAW hanya memohon keampunan kepada ALLAH bagi orang yang telah melakukan sedemikian terhadap baginda. Sedangkan, baginda mempunyai pilihan agar Malaikat Jibril membinasakan orang tersebut.

“Subhanallah, begitu hebat keperibadian Nabi Muhammad SAW,” katanya.

Justeru, andai terlintas dalam fikiran kita akan kejahatan orang tersebut kepada kita, segeralah kita beristighfar kepada ALLAH SWT.

“Kedua, berazamlah pada diri agar tidak melakukan kejahatan itu kepada orang lain pula,” katanya.

Semoga diri kita kuat untuk melawan pelbagai jenis rasa saat terkenangkan peristiwa lampau berkenaan.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.