≡ Menu

Sukarnya Mencari Orang Yang Tawaduk Dan Zuhud Di Dunia Ini

Sifat Tawaduk

Tawaduk adalah sikap rendah hati. Memiliki sifat tawaduk bererti merasa diri kita orang biasa, sekalipun memiliki banyak kelebihan. Sifat tawaduk adalah lawan dari sifat sombong. 

Orang yang bersifat tawaduk akan merasakan dirinya mempunyai kelemahan dan kekurangan. Adapun kekuatan, kekayaan, kepandaian dan apa jua kelebihan yang dimilikinya, semuanya adalah pemberian dari Allah. 

Ketahuilah bahawa Allah SWT mencintai orang-orang yang bersifat tawaduk. Bahkan sifat tawaduk juga dapat meninggikan darjatnya di sisi Allah SWT dan di sisi manusia. Abu Hurairah RA berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda :

عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ وَمَا زَادَ اللَّهُ عَبْدًا بِعَفْوٍ إِلَّا عِزًّا وَمَا تَوَاضَعَ أَحَدٌ لِلَّهِ إِلَّا رَفَعَهُ اللَّه

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Maksudnya : ”Sedekah tidaklah mengurangi harta. Tidaklah Allah menambahkan kepada seorang hamba sifat pemaaf melainkan akan semakin memuliakan dirinya. Dan juga tidaklah seseorang memiliki sifat tawaduk (rendah hati) kerana Allah melainkan Allah akan meninggikan darjatnya.” (HR Muslim No: 4689)

BACA:  Adakah Zakat Perlu Dibayar Terhadap Harta Faraid Yang Belum Dibahagikan

Hasan Al Bashri berkata, “Tahukah kalian apa itu tawaduk? Tawaduk adalah engkau keluar dari kediamanmu kemudian engkau bertemu seorang muslim yang lain lalu engkau merasa bahawa ia lebih mulia dari dirimu.”

Cuba tanya diri kita! 

Imam Asy Syafi’i berkata, “Orang yang paling tinggi kedudukannya adalah orang yang tidak pernah menampakkan kedudukannya. Dan orang yang paling mulia adalah orang yang tidak pernah menampakkan kemuliannya.” (Syu’abul Iman, Al Baihaqi, 6: 304)

Basyr bin Al Harits berkata, “Aku tidaklah pernah melihat orang kaya yang duduk di tengah-tengah orang fakir.” Yang boleh melakukan demikian tentulah orang yang memiliki sifat tawadhu’.

‘Abdullah bin Al Mubarak berkata, “Puncak dari tawaduk adalah engkau meletakkan dirimu di bawah orang yang lebih rendah darimu dalam nikmat Allah, sehingga engkau memberitahukannya bahawa engkau tidaklah semulia dirinya.” (Syu’abul Iman, Al Baihaqi, 6: 298)

Sufyan bin ‘Uyainah berkata, “Siapa yang maksiatnya kerana syahwat, maka taubat akan membebaskan dirinya. Buktinya Nabi Adam ‘alaihis salam bermaksiat kerana nafsu, lalu ia bersitighfar (memohon ampun pada Allah), Allah pun akhirnya mengampuninya. Namun, jika siapa yang maksiatnya kerana sifat sombong (lawan dari tawaduk), berasa bimbanglah kerana laknat Allah akan menimpanya. Ingatlah bahawa Iblis itu bermaksiat kerana sombong (takabbur), lalu Allah pun melaknatnya.”

BACA:  Dalam Dunia Yang Penuh Pancaroba, Dua Sifat Ini Menjadi Perisai Kita Daripada Maksiat

Abu Bakr Ash Shiddiq berkata, “Kami dapati kemuliaan itu datang dari sifat takwa, qona’ah (merasa cukup) muncul kerana yakin (pada apa yang ada di sisi Allah), dan kedudukan mulia didapati dari sifat tawaduk.”

Ya Allah, muliakanlah kami dengan sifat tawaduk dan jauhkanlah kami dari sifat sombong.

اللّهُمَّ اهْدِنِى لأَحْسَنِ الأَخْلاَقِ لاَ يَهْدِى لأَحْسَنِهَا إِلاَّ أَنْتَ

(Ya Allah, tunjukilah padaku akhlak yang baik. Tidak ada yang dapat menunjuki pada baiknya akhlak tersebut kecuali Engkau)” (HR. Muslim no. 771).

Sumber: https://t.me/kapsul_tazkirah

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.