≡ Menu

Sungguh Ngeri Bayangan Hari-Hari Terakhir Sebelum Kiamat, Ini Kupasan Surah Al-Zalzalah.

DUNIA bukanlah satu kehidupan yang hakiki. Ia tidak lebih daripada sebuah jambatan yang menghubungkan manusia dengan kehidupan di akhirat.
Dunia pada satu tarikh yang dirahsiakan ALLAH akan melabuhkan tirainya selepas muncul tanda-tanda kiamat. Bagi umat Islam, kiamat adalah kenescayaan. Beriman kepada hari kiamat juga salah satu daripada daripada Rukun Iman yang wajib diyakini.

Pada hari penghakiman itu nanti, segala amal baik dan buruk manusia akan diadili dengan sempurna oleh ALLAH YANG MAHA BERKUASA.

Sehubungan itu, sepanjang kita bernafas di muka bumi ini, sentiasa bersiap sedialah untuk mendepani saat getir itu. Jangan terlalu hanyut dengan nikmat dunia. Dalam Surah Ali Imran, ayat 185, ALLAH berfirman: “Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.“

Justeru, apakah amalan yang bakal menjadi penolong kita kelak? Sudah pasti, salah satunya adalah dengan membasahkan bibir dan mentadabbur ayat al-Quran dengan memahami, menghayati isi kandungan serta mengamalkannya setiap hari.

Rasulullah SAW bersabda: “Bacalah al-Quran, sebab ia akan datang memberikan syafaat pada hari kiamat kepada pemilik kepada pembaca, pengamalnya.“ (Hadis Riwayat Ahmad)

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Sesungguhnya, perihal hal kiamat secara jelas telah dinyatakan dalam Surah al-Zalzalah yang bermaksud kegoncangan atau gegaran.
Mempunyai lapan ayat dengan 36 perkataan dan 158 huruf, ia termasuk dalam surat Madaniyyah yang diturunkan selepas Surah an-Nisaa.
Apakah inti sari pengajaran dan pedoman di sebalik surah berkenaan? Benarkah dengan melaziminya, ia menyamai pahala membaca sebahagian al-Quran?

Bumi hancur

Berdasarkan ayat suci berkenaan, ALLAH menjelaskan kepada manusia tentang sebahagian suasana pada hari kiamat dan keadaan yang akan terjadi di padang mahsyar kelak.

“Ya, semua yang dinyatakan itu benar-benar akan berlaku. Manusia akan menyaksikan kegoncangan dan gempa yang teramat kuat di alam semesta sebaik tiupan sangkakala yang pertama.

“Inti pati yang sama turut dinyatakan dalam Surah al-Hajj, ayat 1 yang membawa pengertian: “Wahai sekalian manusia, bertakwalah kamu kepada ALLAH, sesungguhnya goncangan pada hari kiamat itu adalah sangat dahsyat,“ katanya baru-baru ini.

dalam Surah al-Zalzalah juga, ALLAH SWT memberitahu, bumi pada ketika itu akan mengeluarkan segala beban berat yang di dalamnya dalam dua keadaan.

Pertama, semua mayat yang tertanam semenjak dari awal sehinggalah yang terakhir disemadikan akan bangkit. Kedua, bumi juga akan membongkarkan segala khazanah yang ada di dalam perutnya.

Hal yang sama turut diperihalkan dalam Surah al-Insyiqaq ayat 3 dan 4 yang bermaksud: “Dan apabila bumi ini diratakan dan dilemparkan apa yang ada di dalamnya dan menjadi kosong.“

manusia akan berasa kebingungan dan tertanya-tanya apakah yang menyebabkan bumi menjadi sedemikian rupa? Ini kerana sebelum ini, bumi ini tetap, tidak bergoyang dan manusia dapat hidup di atasnya.

BACA:  Ini Kaedah Islam Ajar Berhadapan Dengan Zaman Serba Viral Ini

“Bumi juga akan mengkhabarkan segala apa yang dilakukan oleh setiap manusia, sama ada yang baik mahupun yang buruk,“ jelasnya.

Daripada Abi Hurairah RA, Rasulullah SAW membaca ayat ke-4 dalam Surah al-Zalzalah kemudian baginda bertanya: “Tahukah kamu apa beritanya?“ Lalu sahabat berkata: “ALLAH dan Rasul-NYA lebih mengetahui.“

Baginda kemudian bersabda: “Sesungguhnya bumi mengkhabarkan beritanya iaitu bumi menjadi saksi setiap yang dilakukan dari lelaki dan perempuan dengan apa yang telah dilakukan. Bumi berkata, dia telah melakukan amal sekian sekian pada hari sekian sekian, begitulah bumi mengkhabarkan beritanya.“ (Hadis Riwayat Tirmidzi)

Apa yang berlaku pada bumi pada tempoh berkenaan adalah menuruti dan taat kepada perintah-NYA.

“Apa yang terjadi selepas itu adalah manusia akan bangkit dan keluar dari kubur masing-masing dalam keadaan berkelompok dan terpisah.

“Ada yang wajahnya berseri-seri, namun ada juga yang wajahnya hitam, suram dan ketakutan. Keadaan mereka itu sebenarnya memperlihatkan setiap amalan yang mereka lakukan semasa di dunia yang fana ini,“ katanya.

 

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.