Sunnah bermaksud cara atau amalan. Manakala, sunnah nabi bererti cara nabi atau apa yang biasa dikenali sebagai kebiasaan Rasul. Di dalam konteks ini, segala sesuatu yang diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW yang merupakan perbuatan, ketetapan, peribadi, akhlak, mahupun perilaku menjadi ikutan manusia.
Melalui perkongsian dari Doktor Amirul Amin, terdapat banyak rahsia dari sunnah nabi yang telah diteliti pakar dari segi memberi manfaat, hikmah dan kesihatan kepada manusia. Jom kita sama-sama amalkan dan sama biasakan yang betul, betulkan yang biasa.
TERDAPAT BANYAK RAHSIA SUNNAH YANG TELAH DITELITI OLEH PAKAR…
SUNNAH NABI SAW ITU MEMANG TERBAIK…
Banyak rahsia sunnah yang telah diteliti para pakar dari segi hikmah, manfaat, dan kesihatan. Benarlah yang dikatakan: Di balik sunnah ada kejayaan.
Bagi kita jika misalnya belum tahu manfaatnya, terus saja semangat mengikuti adab dan tuntunan Rasul. Manfaat itu efek samping, motivasi utamanya adalah mengikuti adab dan tuntunan Rasul.
Seorang doktor Eropah berkata: Jika semua manusia mengamalkan 3 sunnah saja (sunnah makan, sunnah di bilik mandi dan sunnah tidur), maka harusnya saya berhenti jadi doktor kerana tidak ada pesakit.
MANFAAT DALAM MENGIKUTI SUNNAH NABI MUHAMMAD SAW KEPADA MANUSIA:
1. BUANG AIR BESAR DALAM KEADAAN MENCANGKUNG
Buang air besar duduk, berisiko tinggi terkena buasir. Mencangkung lebih bersih dan menyihatkan dan yang terpenting itu adalah SUNNAH.
2. KENCING MENCANGKUNG
Kencing berdiri beresiko prostat dan batu ginjal. Kencing mencangkung lebih bersih dan menyihatkan, dan yang terpenting itu adalah SUNNAH.
3. MAKAN MENGGUNAKAN TANGAN
Enzim di tangan membantu makanan lebih mudah dicerna. Dibanding dengan besi, kayu, atau plastik, makan dengan tangan lebih bersih, fitrah dan menyihatkan, dan yang terpenting itu adalah SUNNAH.
4. MAKAN & MINUM KETIKA DUDUK
Makan dan minum berdiri dapat mengganggu perncernaan. Dengan duduk lebih santun dan menyihatkan dan yang terpenting itu adalah SUNNAH.
5. DUDUK DI LANTAI KETIKA MAKAN
Makan di kerusi, masih kurang menyihatkan. Dengan duduk di lantai, tubuh akan membahagi perut menjadi 3 ruang: udara, makanan dan air. Yang terpenting itu adalah SUNNAH.
6. MAKAN BUAH SEBELUM MAKAN
Makan buah setelah makan (cuci mulut) kurang bagus bagi usus, kerana ada reaksi asam. Yang sihat adalah makan buah sebelum makan, membantu melicinkan saluran pencernaan dan membuatnya lebih siap. Yang terpenting itu adalah SUNNAH.
7. TIDUR MENGHADAP KANAN
Tidur meniarap tidak bagus untuk kesihatan, bahkan itu tidurnya syaitan. Tidur menghadap kanan lebih menyihatkan dan yang terpenting itu adalah SUNNAH.
Subhanallah… Cintailah sunnah Nabi, tidak hanya adab-adab sehari tapi seluruh apa yang telah Rasullah tetapkan dalam Dien Islam.