≡ Menu

Surah Al-Ikhlas Bukan Surah Orang Malas. Ini Rahsia Surah Pendek Ini

“Asyik baca Surah Al-Ikhlas je. Takkan tak hafal surah pendek yang lain?”

“Daripada sekolah rendah, takkan surah ini je yang ingat”

Pernah kan kita mendengar komen-komen seperti ini. Atau mungkin menggumam sendiri dalam hati jika kawan yang mengetuai solat jemaah sering sahaja mengulangi bacaan surah pendek itu.

Ada juga baru-baru ini pihak Tzkrh melihat komen pengguna media sosial yang mengatakan ciri-ciri bakal suami yang diingini bukan yang hanya tahu Surah Al-Ikhlas sahaja.

Dari satu sudut ada mesej yang ingin disampaikan, iaitu ingin umat Islam sentiasa menambah ilmu dan kualiti dalam ibadah. Namun, hati-hati, jangan sampai kita meleceh atau memperlekehkan amalan tersebut. Ada beza antara menasihati kerana ingin orang itu menambah amal dengan memandang rendah orang yang hanya membaca Surah Al-Ikhlas.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Ada satu kisah menarik tentang Surah Al-Ikhlas yang diriwayatkan oleh Aisyah R.anha.

BACA:  Apabila Kemungkaran Dilazimi, Rosaklah Iman Sesebuah Bangsa

Diceritakan bahawa Rasulullah SAW pernah mengutus seseorang kepada sekelompok pasukan perang. Dan ketika orang tersebut mengimami sahabat-sahabatnya solat, dia sering mengakhiri bacaan dengan Surah ‘Qul Huwallahu Ahad’ iaitu Surah Al-Ikhlas.

Kemudian, apabila sahabat-sahabat ini pulang, mereka menceritakan perihal itu kepada Rasulullah SAW. Baginda lalu menyuruh mereka bertanya kepada orang itu sendiri mengapa melakukan hal tersebut.

Apa yang dijawab? Beliau menjawab kerana surah tersebut mengandungi sifat Al-Rahman, dan dia sangat mencintai surah Al-Ikhlas ini.

Lalu Nabi SAW membalas; “Beritahu beliau, sesungguhnya Allah pun mencintainya”

Kisah ini ada dinukilkan dalam hadis sahih riwayat Imam Bukhari (7375).

BACA:  Hukum Perempuan Melewatkan Solat Sehingga Datang Haid.

Sahabat Nabi SAW ini membaca Surah Al-Ikhlas kerana benar-benar memahami maksud yang terkandung dalam surah ini, sehingga ke tahap mencintai kalam Allah itu.

Justeru, Surah Ikhlas dibaca bukan hanya kerana ia mudah dibaca tetapi kerana kekayaan makna yang terkandung di dalamnya.

Orang yang hanya membaca Surah Al-Ikhlas pula usah menjadikan rasa malas sebagai alasan untuk tidak ‘upgrade’ diri dan mendalami surah ini dan surah-surah lain.

Tidak salah untuk kita menggalakkan orang untuk juga membaca dan menghafal surah-surah yang lain, tetapi dalam masa sama usah memandang remeh dengan surah ringkas ini. Setiap surah pasti ada keistimewaannya yang tersendiri.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.