≡ Menu

Surah Al-Kahfi, Terapkan Kerajinan Untuk Membaca Dan Bertadabbur Surah Ini

Surah Al-Kahfi termasuk antara lima buah surah yang dimulakan dengan hamdalah atau tahmid. Iaitu, untaian puji-pujian dan sanjungan kepada Allah SWT.

Pada setiap hari Jumaat, seluruh umat Islam sangat digalakkan untuk membaca surah Al-Kahfi ini sebagai amalan.

Kenapa ya?

Ini kerana intipati surah Al-Kahfi ini mencerminkan tentang realiti kehidupan kita pada zaman sekarang.

Walaupun kisah-kisah yang diceritakan telah berlaku ratusan tahun dahulu, namun cabaran dan dugaan yang masyarakat dunia hadapi sekarang adalah sama. Iaitu cabaran dan dugaan kita bagi menghadapi pelbagai jenis fitnah akhir zaman.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Berikut adalah 4 pengajaran yang boleh anda dapati melalui pemerhatian dan kajian isi surah Al-Kahfi. Jom sama-sama kita ambil iktibar!
Sentiasa berdamping dengan orang soleh

Melalui kisah pemuda Ashabul Kahfi yang ditidurkan oleh Allah selama beratus tahun dalam sebuah gua setelah mereka melarikan diri daripada pemerintahan raja yang zalim dan kufur menjelaskan tentang fitnah berkaitan agama.

BACA:  Ini 9 Golongan Yang Disukai Allah Disebut Di Dalam Al-Quran. Subhanallah

Melalui kisah ini, antara pengajaran yang boleh anda ambil untuk menyelamatkan diri anda daripada dibelenggu fitnah berkaitan agama pada zaman sekarang adalah dengan cara mengikat tali persahabatan bersama orang-orang soleh. Belajarlah bersama mereka yang mempunyai ilmu agama yang sahih dan perbanyakkan mengingati akhirat.

Kehidupan dunia tidak kekal

Fitnah berkaitan harta juga ada diceritakan dalam surah Al-Kahfi melalui kisah pemilik dua buah kebun.

Pengajaran yang boleh anda dapati daripada kisah itu adalah hakikat kehidupan di dunia hanyalah sementara. Termasuklah segala isi dunia yang anda miliki sekarang, seperti kekayaan harta benda, zuriat dan keturunan. Semuanya bakal lenyap apabila tiba masanya.

Sekaligus, kisah ini memberi kita peringatan tentang hakikat kehidupan akhiratlah yang kekal abadi.

Tanamkan sifat rendah diri dan sabar menuntut ilmu

Melalui kisah Nabi Musa AS bersama seorang hamba Allah yang soleh yang bernama Khidir AS pula menceritakan tentang fitnah berkaitan ilmu.

Daripada kisah ini, antara cara untuk menyelamatkan diri anda daripada fitnah berkaitan ilmu ini adalah dengan cara menanamkan sifat tawadhu’ dan rendah diri dalam jiwa. Ini bagi mengelakkan tersemainya benih takbur dan riak akan ilmu yang anda miliki.

BACA:  Mengambil Sisa Lebihan Makanan Orang Di Restoran? Halalkah Untuk Dimakan?

Selain itu, anda juga perlu bersabar dalam perjalanan menuntut ilmu. Walaupun banyak liku dan onak durinya, bersabarlah. Mengambil mutiara kata daripada Imam Syafi’i, jika kamu tidak sanggup menahan lelahnya belajar, maka kamu akan menanggung perihnya kebodohan.

Meletakkan kebergantungan sepenuhnya kepada Allah

Banyak pengajaran yang terkandung dalam surah Al-Kahfi yang perlu digariskan dan diterapkan dalam diri kita.

Pada akhir surah Al-Kahfi, Allah SWT menyatakan semua cabaran dan dugaan yang manusia hadapi terutamanya empat jenis fitnah yang dijelaskan di atas boleh ditangani dengan memperbanyakkan amal soleh. Dan paling penting, letakkan nilai keikhlasan melakukan amal soleh itu hanya kerana Allah.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.