≡ Menu

Surah Untuk Menenangkan Jiwa. Ingat 3 Surah Ini

SURAH ELAK HATI GELISAH, MALAS & GANGGUAN SYAITAN

Sebagai manusia, kita pasti tidak lari dengan kesilapan sehingga menyebabkan hati gelisah dan tidak tenteram. Apabila berdepan dengan situasi begini sudah tentunya kita sedaya upaya cuba untuk mengelakkan diri daripada melakukan sebarang perkara negatif dengan meminta pertolongan Allah SWT dan berdoa.

Berikut merupakan beberapa surah boleh diamalkan sekiranya hati sentiasa gelisah, tak tenang dan berat

SURAH ELAK HATI GELISAH, MALAS & GANGGUAN SYAITAN

Sentiasa gelisah, tak tenang dan rasa berat saja badan ni. Ini solusi untuk kita buat terus bermula hari ini:

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

1. Menghilangkan rasa gelisah, khuatir dan takut

BACA:  Kurang Vitamin D, Ini Yang Akan Berlaku Pada Tubuh Anda

Bacalah Surah ar-Ra’d 13:28 dengan maksudnya : Iaitu (orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan zikrullah). Ketahuilah! Dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati-hati manusia. Ayat ini dibaca sebanyak 7 kali pada setiap pagi dan petang ya.

2. Mengatasi perasan malas

Bacalah ayat dari Surah Yunus 10:58 dengan maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad!), kedatangan al-Quran itu adalah semata-mata dengan limpah kurnia Allah dan kasih sayang-Nya maka dengan isi kandungan al-Quran itulah hendaknya mereka bersukacita (bukan dengan yang lainnya), kerana ia lebih baik daripada apa yang mereka himpunkan (daripada segala benda dan perkara yang tidak kekal). 

3. Mengatasi masalah gangguan paranormal, kedengkian, gangguan syaitan, penyakit jiwa

Bacalah surah Al-Baqarah secara bertahap-tahap. Setiap hari, hendaklah ia terus membaca surah al-Baqarah sesuai kemampuannnya, lalu diteruskan keesokkan harinya.

Selain itu, kita perlu menambah dengan membaca surah al-Falaq dan surah an-Nas dalam proses menyembuhkan jiwa secara menyeluruh.

Mari kita muliakan masa kita dengan memperbanyak bacaan Al-Quran. Kitab ulung kita inilah petunjuk, penawar dan jawapan kepada semua masalah yang hinggap dalam diri kita. Moga kesihatan dan kesejahteraan sentiasa jadi milik kita. Amin…

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.