≡ Menu

Susah Bersenam, Ini Perkara Yang Boleh Mengelakkan Kita Perut Buncit.

PANDEMIK membuatkan kita kurang bersenam dan tidak menjaga pemakanan sehingga berat badan naik mendadak serta perut menjadi buncit.

Bagaimanapun terdapat beberapa cara mudah yang boleh membantu mengelakkan perut anda daripada membesar.

Tabiat minum air putih ketika bangun pagi, tidak melewatkan sarapan dan berjemur dapat membantu mendorong fungsi metabolisme dalam mencegah perut menjadi buncit.

1. Sarapan

Sesibuk mana pun anda, pastikan makan sarapan kerana membiarkan perut kosong pada waktu pagi akan mengganggu metabolisme tubuh dan melambatkan proses pembakaran lemak.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Tidak bersarapan juga mampu memberi kesan buruk seperti berasa lapar dan mengidam makanan tinggi kalori.

BACA:  Perbaiki 10 Perkara Ini Jika Ingin Rezeki Yang Tak Sempit. Insya'Allah

Sebaik-baiknya bersarapanlah selepas dua jam bangun dari tidur.

2. Menu sesuai

Bersarapan bukan bererti kita boleh makan apa sahaja sebaliknya perlu mengambil kira menu yang sesuai.

Kajian menunjukkan pengambilan buah-buahan seperti beri biru, strawberi dan ceri mampu membantu menurunkan berat badan.

3. Air suam

Air suam dapat membantu meningkatkan penghadaman, membersihkan tubuh daripada racun dan meningkatkan pergerakan usus pada waktu pagi.

Air suam juga akan meningkatkan suhu tubuh dan metabolisme. Ketika metabolisme meningkat, kalori mudah terbakar.

4. Aktiviti fizikal

Meskipun pergerakan terbatas ketika pandemik, cari ruang dan peluang untuk melakukan aktiviti fizikal. Kajian mendapati, bergerak aktif pada waktu pagi dapat menurunkan kadar lemak dalam badan sebanyak tujuh peratus.

Aktiviti mengemas rumah, mengemop lantai atau aktiviti mengeluarkan peluh yang lain boleh dilakukan bagi menggantikan senaman seperti berjoging.

5. Berjemur

Kebiasaan berjemur bukan sahaja meningkatkan sistem imunisasi badan tetapi membantu anda memiliki perut yang rata.

Paparan sinaran matahari akan membuatkan seseorang lebih bertenaga selain menurunkan indeks massa tubuh.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.