≡ Menu

Susu Badam Elok Untuk Ibu Dan Anak.

Susu badam sangat elok diamalkan setiap hari. Ia bukan sahaja mampu mengekalkan kesihatan dan keremajaan kulit tetapi juga bagus untuk perkembangan otak anak. Badam kaya dengan vitamin E dan bersifat antioksidan dan sekali gus mampu mengurangkan tanda-tanda penuaan dan menjadikan pengamalnya nampak awet muda.

Jika dilihat kepentingan anak-anak mengamalkan susu badam ini pula adalah ianya baik untuk kesihatan otak kerana badam mengandungi dua nutrien utama iaitu Riboflavin dan L Carnisebab yang mampu mempengaruhi aktiviti saraf. Oleh sebab itu juga, ramai ibu-ibu di negara India sangat mengalakkan anak-anak mereka mengamalkan pemakanan badam.

Jadi apa kata hari ini kita cuba buatkan susu badam ini untuk kita anak beranak amalkan dan sekali gus menikmati khasiat susu badam yang cukup istimewa ini. 1 cawan badam boleh dapat 1.5 liter susu. Cukuplah untuk lima hari minum.

BACA:  Nak Ikut Trend, Jangan Sampai Terlanggar Hukum Agama. Ini Hukum Memakai Kuku Palsu

Bahan-bahan:
1 cawan badam mentah
4 cawan air masak
1 sudu esen vanila
Sedikit garam
Kurma *tambahan

Cara penyediaan:

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

1.Basuh badam bersih-bersih selepas itu rendam semalaman.

2. Esoknya buangkan air rendaman, basuh bersih-bersih dan masukkan ke dalam pengisar dengan air secukupnya. Nak masuk kurma pun boleh.

*Kalau tak boleh pusing, masukkan air lagi. Tapi jangan cair sangat.

3. Sudah siap kisar terus masuk dalam penapis dan perah. Hidupkan api dan masak sampai mendidih. Jangan lupa letakkan 1 sudu esen vanilla dan garam.

CARA MENIKMATI SUSU BADAM 

1.Dimakan bersama madu

Apabila sudah mendidih itu kira sudah siap. Senang bukan? Apabila sudah suam maka bolehlah diminum. Sebelum minum letakkan 1 sudu madu. Rasanya sedap, tiada rasa pelik. Kalau ada kurma, masukkan sekali. Tidak perlu masukkan madu. Cukuplah manis daripada kurma itu.

2. Smoothies

Boleh letak buah-buahan. Kalau tiada buah pun tidak mengapa. Boleh minum begitu sahaja. Boleh juga letak chia seeds jika suka.

Ekstra Tip:
Hampas badam tadi jangan dibuang pula. Rugi. Jangan membazir. Kita guna sampai habis. Boleh buat lempeng. Letak tepung sikit, garam sikit, gorenglah.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.