≡ Menu

Syirik Khafi, Ini Dosa Free Bagi Orang Yang Lalai Dalam Mengingati Allah

Kita sebagai manusia, pasti ada masa di kala kita merasa bangga akan diri sendiri. Baik perkara berkaitan kerja, peribadi mahupun tentang ibadah yang dilakukan. Terkadang kita merasakan keinginan untuk memuji diri sendiri, tetapi adakah ia dibenarkan dalam Islam?

Menurut firman Allah dalam surah An-Najm; 32:

Menurut tafsiran Imam Nawawi melalui kitabnya, Al-Adzkar, beliau menerangkan terdapat dua hukum terhadap tingkah laku memuji diri sendiri ini.

Pertama, ia suatu perbuatan yang tercela. Hal ini adalah apabila niat perbuatan tersebut adalah unutk berlaku sombong dan riya kepada orang lain. Sememangnya perbuatan riya dan takabbur itu sesuatu yang dilarang dan dikeji. Perbuatan memuji diri sendiri ini ditakutkan menjadi gerbang kepada pelakuan tersebut.

BACA:  Membaca Surah Al-Ikhlas 3 Kali Selepas Solat Fardhu, Sebenarnya Kita Mengubati Diri Kita Sendiri; Begini Caranya
Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Kedua, ia merupakan perbuatan terpuji. Ia boleh menjadi sebegitu apabila ianya dialkukan demi kemaslahatan, seperti bertujuan untuk menasihati atau meninjukkan sesuatu hal yang baik, mengajarkan sesuatu yang bermanfaat, mengingatkan, untuk kebaikan dua pihak yang sedang bertengkar, membela diri daripada keburukan atau yang sama waktu dengannya.

Dari sudut psikologi, ianya bagus sekiranya diucapkan kepada diri sendiri tanpa didengari orang lain. Hal ini dapat meningkatkan keyakinan diri dan tampil lebih bersemangat dalam melakukan urusan harian. Walaubagaimanapun kederhanaan dalam melakukannya adalah utama.

BACA:  Berbuat Baiklah Kepada Isteri, Insya'Allah, Rezeki Datang Tanpa Diduga

Secara tuntasnya, ia berbalik kepada niat seseorang itu untuk ‘memuji diri sendiri’. Sekiranya ia dilakukan dengan niat yang murni ia dibolehkan di dalam Islam.

Wallahu’alam.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.