≡ Menu

Tahu Tahu Dah Sakit Belakang? Ini 6 Puncanya Yang Ramai Tak Tahu

Apa itu sakit bahagian bawah belakang?
Sakit bahagian bawah belakang adalah pengalaman yang cukup universal – hampir semua orang pernah merasainya dalam kehidupan. Bahagian bawah belakang – bermula daripada tulang rusuk terakhir, dipanggil sebagai bahagian Lumbar. Sakit di bahagian ini boleh menjadi sangat teruk dan merupakan salah satu alasan popular untuk tidak hadir ke kerja. Mujurlah, sakit ini selalunya akan bertambah baik dengan sendirinya. Sekiranya tidak, terdapat beberapa beberapa rawatan yang boleh digunakan.

Simptom sakit bahagian bawah belakang
Simptom boleh jadi pelbagai – daripada rasa sakit tumpul, hinggalah ke rasa tajam. Sakit tersebut boleh menyebabkan seseorang itu tidak mampu berdiri atau berjalan. Sakit bahagian bawah belakang yang akut boleh datang secara tiba-tiba, lazimnya selepas kecederaan daripada sukan atau angkat berat. Sakit yang melebihi 3 bulan dikira sebagai kronik. Sekiranya sakit tersebut tidak bertambah baik dalam masa 72 jam, sila berjumpa dengan doktor anda.

Simptom yang memerlukan rawatan segera
Sakit belakang yang sangat teruk akibat jatuh atau kecederaan perlu dilihat oleh pakar kesihatan. Tanda-tanda amaran yang perlu diberikan perhatian adalah hilang kawalan kencing atau buang air besar, kelemahan dan nyilu di bahagian kaki, demam, dan sakit ketika batuk atau bersin. Sekiranya anda mempunyai simptom atau tanda-tanda ini, sila berjumpa dengan doktor anda.

BACA:  Silap 1 Darjah, Lari 122 KM Dari Kaabah. Ini Pentingnya Semak Arah Kiblat

Ketegangan otot atau Sciatica?
Sakit belakang yang datang selepas angkat berat atau bersukan terlalu kuat lazimnya adalah disebabkan ketegangan otot. Kadang-kadang, sakit belakang boleh disebabkan oleh disk yang terkeluar/membonjol atau punah. Sekiranya disk yang terkeluar ini menekan saraf sciatic, rasa sakit yang menurun ke kaki daripada bontot boleh dirasai. Ini dipanggil sebagai Sciatica.

Punca sakit belakang:
Pekerjaan anda
Sekiranya kerja anda memerlukan anda untuk mengangkat atau menarik benda berat, atau apa-apa pergerakan yang membabitkan tulang belakang untuk berpusing, akan menyumbang kepada sakit bahagian belakang. Bagaimanapun, duduk di depan meja sepanjang hari juga mempunyai risikonya yang tersendiri, khususnya jika kerusi anda tidak sesuai dengan postur badan, mendorong kepada membongkok.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Beg anda
Walaupun anda menggalas beg di bahu anda, bahagian bawah belakang anda yang sebenarnya memberi sokongan kepada bahagian atas badan. Jadi, sekiranya beg anda terlalu banyak barang, ianya boleh membebankan bahagian bawah belakang anda, khususnya jika anda menggalasnya setiap hari.

Senaman anda
Terlalu kuat bersenam di gimnasium atau bermain di padang golf adalah punca paling kerap yang membawa kepada regangan otot yang terlampau sehingga terjadinya sakit belakang. Anda akan lebih terdedah sekiranya anda tidak aktif pada hari minggu, tetapi terlalu menekan diri anda pada hujung minggu.

BACA:  (Gambar & Video) Berak Berdarah 20 Kali Sehari, Ibu Tak Sangka Anak ‘Overdose’ Susu Formula

Postur anda
Sokongan bahgain belakang anda adalah pada tahap terbaik apabila anda duduk tegak dan tidak membongkok. Ini bermakna, duduk tegak, bahu ke belakang dan kaki di atas tanah dengan selesanya memberi sokongan baik pada bahagian lumbar.

Disk membonjol
Vertebra-vertebra di tulang belakang anda di lapik dengan kusyen berunsur gel, berbentuk disk yang senar pudar dan terhakis akibat penuaan. Disk yang lemah akan cenderung untuk membonjol atau pecah, menekan saraf di tulang belakang. Ini yang dikenali sebagai disk membonjol dan ianya boleh membawa kepada sakit yang teruk.

Penyakit-penyakit kronik

Beberapa penyakit-penyakit kronik boleh membawa kepada sakit bahagian bawah belakang.

  • Stenosis tulang belakang adalah keadaan di mana berlakunya pengecilan laluan atau ruang di tulang belakang yang diisi oleh saraf tunjang.
  • Spondylitis merujuk kepada sakit belakang kronik akibat keradangan teruk bahagian sendi tulang belakang.
  • Fibromyalgia mengakibatkan sakit otot dan sendi yang menyeluruh termasuk sakit belakang.

Jagalah Kesihatan Tulang Belakang Anda!

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.