≡ Menu

Tahu Tak Ada Tidur Yang Dibenci Oleh Allah? Jangan Sesekali Lakukannya

Tidur Yang Dibenci Allah

وَجَعَلۡنَا نَوۡمَكُمۡ سُبَاتࣰا

“Dan Kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat?” [Surah an-Naba’ 9]

Sesungguhnya manusia itu lemah, maka dikurniakan tidur untuk berehat. Ketahuilah, tidur sesuatu yang menakjubkan. Ianya sebahagian dari kematian. Dengan tidur seluruh anggota badan akan terdiam, semua gerakan akan tenang. Tidur merupakan alat merehatkan jiwa, merehatkan akal, menyegarkan perut dan menyegarkan badan. Tidur adalah permainan yang menyenangkan, menyegarkan kesedihan, membebaskan rasa letih dan penat selepas bekerja seharian.

إِذۡ یُغَشِّیكُمُ ٱلنُّعَاسَ أَمَنَةࣰ مِّنۡهُ

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

“(Ingatlah) ketika kamu diliputi perasaan mengantuk sebagai satu (pemberian) aman dari Allah (untuk menghapuskan kecemasan kamu)” [Surah al-Anfal 11]

BACA:  Nasihat-Nasihat Imam Syafi'e Yang Tidak Lapuk Ditelan Zaman

Namun terdapat tidur yang dilarang dan dibenci iaitu tatkala mendengar khutbah Jumaat.

sleeping asian young male disturbed by alarm clock early morning in bed

Daripada Ibnu ‘Aun, daripada Ibnu Sirin berkata:

‎كانوا يكرهون النوم والإمام يخطب ويقولون فيه قولا شديدا.

“Mereka (para sahabat) membenci orang yang tidur ketika imam sedang berkhutbah. Mereka mencela dengan celaan yang keras”.

Ibnu ‘Aun mengatakan:

‎ثم لقيني بعد ذلك فقال: تدري ما يقولون؟ قال: يقولون مثلهم كمثل سرية أخفقوا

“Saya bertemu lagi dengan Ibnu Sirin. Beliau pun bertanya,: “Apa komen sahabat tentang mereka?”. Ibnu Sirin mengatakan: “Mereka (para sahabat) berkata, orang semisal mereka (yang tidur ketika mendengarkan khutbah) seperti pasukan perang yang gagal, tidak menang dan tidak mendapatkan ghanimah (harta rampasan perang)” (Lihat Tafsir al-Qurthubi)

BACA:  Status Harta Pusaka Orang Yang Murtad. Ketahui Hukumnya

#Untuk mengelakkan mengantuk ketika mendengar khutbah, Nabi saw menyarankan agar berpindah tempat duduk. Daripara Sayidina Samurah bin Jundub r.a, Nabi saw bersabda:

‎إِذَا نَعَسَ أَحَدُكُمْ يَوْمَ الْجُمُعَةِ فَلْيَتَحَوَّلْ إِلَى مَقْعَدِ صَاحِبِهِ وَيَتَحَوَّلْ صَاحِبُهُ إِلَى مَقْعَدِهِ

“Jika salah seorang di antara kalian mengantuk pada hari Jumaat (saat mendengar khutbah Jumaat), hendaklah ia berpindah tempat ke tempat temannya, dan temannya berpindah ke tempat duduknya” (HR al-Baihaqi)

Jadikan tidur kita tidur yang berpahala dan jangan tergolong dalam kalangan orang yang tidurnya dibenci agama

 

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.