≡ Menu

Tak Ramai Yang Tahu, Ini Urutan Wali Dalam Islam

SOALAN

Jika pengatin perempuan tidak mempunyai bapa sebab telah mati siapa lagi boleh menggantikan bapa jadi wali?

Mohon ustaz sebutkan kesemua anak beranak pengantin perempuan yang boleh menjadi wali pernikahannya.

JAWAPAN

Apabila seorang perempuan hendak bernikah dan bapanya sudah meninggal dunia maka berpindahlah hak menjadi wali kepada wali-wali yang lain mengikut tertib.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Tersebut pada kitab Ghayah At-Taqrib :

Dan yang mempunya hak menjadi wali itu ialah bapa kemudian datuk iaitu bapa kepada bapa kemudian kemudian adik beradik lelaki sebapa seibu kemudian adik beradik lelaki sebapa kemudian anak sedara lelaki sebelah adik beradik lelaki sebapa seibu kemudian anak sedara lelaki sebelah bapa sebapa kemudian bapa sedara iaitu adik beradik bapa kemudian anak sedara sebelah bapa sedara sebelah bapa kemudian anak kepada bapa sedara sebelah bapa inilah tertibnya.”

BACA:  Wanita Ini Masuk Neraka Kerana “Air Wudhu”. Mengapa? Jom Baca Apakah Puncanya.

URUTAN WALI NIKAH

  1. Bapa kandung
  2. Datuk sebelah bapa
  3. Adik beradik lelaki seibu sebapa
  4. Adik beradik lelaki sebapa
  5. Anak sedara lelaki sebelah bapa seibu sebapa
  6. Anak sedara lelaki sebelah bapa sebapa
  7. Bapa sedara sebelah bapa seibu sebapa
  8. Bapa sedara sebelah bapa sebapa
  9. Sepupu yaitu anak lelaki bagi bapa sedara sebelah bapa seibu sebapa
  10. Sepupu yaitu anak lelaki bagi bapa sedara sebelah bapa sebapa
BACA:  Risiko Kanser Jika Anda Berlebihan Garam. Ikuti Perkongsian Ini

Wallahua’am

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.